First of all, ada lah hikmah benda ni jadi dekat orang yang share cerita dia dekat screenshot tu. Apa hikmah dia, insyaallah akan nampak dia. Mungkin ada benda / orang yang lebih baik untuk dia, kita pun tak tau.
Kedua, saya sarankan semua pasangan yang baru nak berkahwin bukan sahaja kena pergi kursus pra perkahwinan. Patut juga pergi kursus pengurusan kewangan. Lagi baik jumpa dan engage dengan perancang kewangan berlesen terus. Bila ada pihak yang berkecuali, perselisihan faham terutamanya berkaitan dengan kewangan mungkin dapat dielakkan.
Kalau tak, berbincanglah sesama bakal pasangan kita tu pasal kewangan keluarga nanti. Apa perancangan dia? Apa status dia? Tau pasal keadaan kewangan masing2 supaya takde kejutan bila dah kahwin nanti.
Ketiga, nafkah dari segi elaun (bagi tunai) tu tak wajib ya. Tapi kalau suami mampu, dan dia nak bagi, itu terpulang dekat dia. Kalau sebelum kahwin dah discuss benda ni, dan untuk bakal isteri benda ni adalah tiada kompromi, takyah lah kahwin.. boleh lah bakal suami awak cari pasangan lain yang boleh menghargai dia.
Tapi benda2 lain macam tempat tinggal, makan minum, etc.. yang wajib, jangan pulak suami tak sediakan, ikut kemampuan masing2.
Jodoh penulis tu cuma tahan 8 bulan. Untuk yang lain yang bakal membina masjid tu, fikir betul2 pasal tanggungjawab dalam kehidupan bersama yang korang akan bina tu. Kalau tak ready, atau tak sure, baik xyah proceed.
