Kita masa kecik dulu selalu dengar dekat TV, yang kita digalakkan untuk menyimpan. Pepatah yang selalu digunakan adalah sikit2, lama2 jadi bukit.
Untuk aku sebagai seorang perancang kewangan, pepatah ni sangat sesuai untuk perjalanan mana -mana individu atau pasangan yang merancang untuk mencapai matlamat bebas kewangan.
Bila mula dengan mana2 prospek, dalam sesi discovery, aku takkan janjikan perubahan serta merta dalam kewangan diaorang sebab benda ni memang akan ambil masa. Tapi setelah nak dekat 10 tahun aku praktis jadi perancang kewangan ni, menang dah terbukti yang kita tak perlu jadi macam arnab, lari laju awal2, last2 kalah juga dengan kura2 yang jalan slow dengan steady.
Contoh yang aku nak share kali ni adalah satu pasangan ni yang mula engage aku pada Nov 2019. Masa tu diaorang dua2 baru jer umur 31 tahun. Keadaan kewangan mereka memang tengah teruk waktu tu. Aliran tunai defisit, simpanan kecemasan takde, hutang banyak.
Tapi nak cakap situasi diaorang ni unik ke? Sebenarnya tak. Aku rasa ramai jer orang dekat luar sana tengah mengalami benda yang sama. Cuma sama ada korang dah sampai level yang korang rasa korang kena dapatkan pertolongan dari orang lain untuk betulkan kesalahan2 yang korang dah buat selama ni.
Lepas discovery, kita agree untuk proceed dengan financial planning. Adalah benda2 yang kita nasihatkan untuk buat satu demi satu. Buat semua sekali gus kang terkejut pulak.
Result dia?
Semalam baru jer present financial plan pasangan ni untuk permulaan tahun ke 7.
Benda yang diaorang paling kagum, networth diaorang naik dari RM 404,000 pada Nov 2019 kepada RM 1.805 juta pada Nov 2025. Kenaikan sebanyak RM 1.4 juta dalam masa 6 tahun
Diaorang ni kerja makan gaji, bukan orang berbisnes. Nak cakap gaji diaorang besar sangat waktu start tahun 2019 dulu, takdelah besar pun. Bawah 5 angka lagi. Lepas tu masa start memang takde savings dan aliran tunai pun ada defisit.
Apa yang diaorang buat?
1. Betulkan aliran tunai supaya boleh start simpan duit.
2. Simpan duit lebih yang mana mampu
3. Tahan nafsu dari naikkan taraf hidup walaupun keadaan kewangan makin improve
4. Rancang cukai / zakat supaya bayar apa yang sepatutnya sahaja
5. Tak tambah hutang ie kad kredit / pembiayaan peribadi
6. Pelbagaikan pelaburan ke tempat2 yang dikawalselia oleh SC (tak sibuk nak jadi kaya cepat)
7. Regular tracking status kewangan, ie bajet, duit masuk keluar, berapa banyak yang di simpan etc
8. Tanya financial planner diaorang sebelum buat apa2 keputusan kewangan yang besar
Takde benda pelik2 pun yang diaorang buat dalam masa 6 tahun ni untuk berjaya capai apa yang mereka dah capai.
Dan saya percaya mereka berdua akan terus istiqamah untuk menguruskan perjalanan yang mereka telah mulakan dari 6 tahun yang lepas sampai mereka sampai matlamat yang mereka sendiri telah tetapkan.
