rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Kalau Umur Pengeluaran KWSP Dinaikkan ke 65 Tahun…

Kalau betul-betul jadi, ramai akan terkejut.

Bukan sebab tak tahu nak buat apa, tapi sebab selama ni, kita merancang hidup dengan andaian KWSP boleh dikeluarkan masa umur 55.

Baru-baru ni World Bank ada keluarkan ‘saranan’ yang duit KWSP kita patutnya hanya boleh bawak keluar pada umur 65 tahun. Ini selari dengan apa yang dilaksanakan di negara2 barat, di mana umur bersara sudah 65 tahun ke atas.

Persoalan, adakah benda ni sesuai atau relevan untuk rakyat Malaysia.

Seperti yang kita semua sedia maklum, duit KWSP ni adalah simpanan persaraan terbesar untuk ramai rakyat Malaysia yang bekerja dengan swasta yang dipaksa untuk mencarum secara bulanan kepada tabung simpanan persaraan masing2.

Kalau saranan di atas di luluskan (boleh jadi di masa akan datang, akan wujud jurang 10 tahun yang ramai tak pernah rancang.

Bila fikir semula, inilah masa untuk tanya diri sendiri:

🔹 Kalau saya tak boleh keluarkan KWSP pada 55, ada tak simpanan luar yang cukup?

🔹 Boleh ke saya hidup 10 tahun tanpa sentuh duit KWSP?

🔹 Dan bila duit tu boleh dikeluarkan nanti — cukupkah untuk tahan 20 tahun lagi hidup selepas bersara?

Realitinya, ramai rakyat Malaysia masih bergantung sepenuhnya kepada KWSP. Padahal, dalam dunia yang sedang berubah, fleksibiliti kewangan lebih penting daripada jaminan semata-mata.

Secara amnya, saya tak setuju saranan ini dilaksanakan. Tapi saya selalu percaya, perancangan kewangan yang baik bukan tentang tahu bila boleh keluarkan duit, tapi tahu apa nak buat kalau peraturan berubah.

Mungkin sekarang masa untuk fikir:

– ada tak simpanan atau aset lain yang kita boleh guna pakai kalau pengeluaran ditangguhkan,

– boleh tak pelbagaikan pendapatan (pelaburan, sewa, bisnes kecil),

– dan paling penting, adakah pelan kewangan kita cukup anjal untuk hadapi perubahan dasar?

Sebab bila polisi ditukarkan satu masa depan nanti, apakah level persediaan kita?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *