rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Berhenti Fikir Panjang, Terus Tanya!

Ramai orang yang tersekat dekat tempat yang sama, terus tersekat, sebab tak berani nak bertanya.

Saya mungkin takkan berkahwin dengan isteri saya kalau masa tu saya tak tanya dia sama ada dia nak keluar dengan saya. Waktu tu cuti musim panas, masa sangat singkat — saya tanya, dan dia kata ya.

Saya mungkin masih lagi bekerja di bahagian penyelidikan kalau saya tak tanya Allahyarham Dr. Salim Sairan (MD TNB Research) sama ada saya boleh pindah ke jabatan lain.

Saya mungkin masih di PwC kalau saya tak tanya apa yang perlu saya buat untuk naik pangkat. Bila saya dah buat semua tapi tak dapat juga, sekurang-kurangnya saya tahu masa tu dah sampai untuk saya buat keputusan baru.

Saya mungkin takkan jadi perancang kewangan kalau saya tak tanya sekumpulan eksekutif muda di TalentCorp sama ada mereka nak saya kongsi sikit pasal perancangan kewangan peribadi.

Dan mungkin Wealth Vantage Advisory (WVA) pun takkan wujud kalau saya tak tanya Sam Yeoh dan Idham Idris sama ada mereka masih nak teruskan selepas kami hadapi beberapa cabaran awal.

Saya pun takkan ada klien kalau saya tak mesej dan tanya lebih 100 kawan rapat sama ada mereka nak saya kongsi pasal perancangan kewangan.

Setiap kali kita bertanya, kita sebenarnya meningkatkan peluang daripada 0% kepada sekurang-kurangnya 50% untuk dapat jawapan “YA”.

Tapi kalau tak tanya — peluang tu kekal 0%.

Apa paling teruk boleh jadi? Kena tolak? Tak apa. Sekurang-kurangnya kita tahu.

Dan menariknya, “tidak” sekarang tak semestinya “tidak” selamanya. Kadang-kadang bila kita dah buka pintu tu, masa akan tentukan bila peluang tu datang semula.

Jadi kalau selama ni susah nak capai apa yang kita nak — cuba ubah perspektif, dan mula bertanya.

Anda mungkin terkejut bila nampak bagaimana hidup mula berubah bila anda berani untuk tanya.

P/S: Gambar Nasi Lemak Saleha sebab saya tanya diri saya, nak makan nasi lemak tak pagi ni. Saya jawab ya……

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *