Awal tahun ni, ada seorang gym owner contact firm kami. Katanya, dia nak dapatkan bantuan untuk uruskan kewangan peribadi dia — tapi fokus utama dia masa tu ialah tax planning.
Mula-mula, ada team member yang jumpa dia dulu untuk sesi discovery. Tapi lepas sesi tu, klien tu maklumkan kepada support team yang dia tak rasa sesuai nak teruskan sebab isu dia banyak berkait dengan cukai dan bisnes — dan dia tahu bidang tu bukan kepakaran utama team member tu.
Jadi saya pun ambil alih.
Bila kami jumpa, dia mula cerita dengan lebih mendalam tentang apa yang dia nak capai.
Dia ni bukan sekadar ada satu gym, tapi terlibat dengan beberapa — ada yang dia ada shareholding, ada yang dia cuma bantu urus operasi dan dapat gaji atau komisen.
Ada juga yang bayar balik dia sebab dia ambil personal loan untuk inject modal ke dalam syarikat.
Selepas sesi fact-finding dan analisis, kami bentangkan beberapa cadangan:
langkah-langkah praktikal untuk kurangkan cukai dengan struktur sedia ada,
dan beberapa strategi jangka panjang kalau dia nak buka lebih banyak cawangan nanti.
Dia suka dengan cadangan tu. Tapi dua kali lepas tu bila follow up, dia masih belum buat apa-apa tindakan.
Sampailah sesi ketiga baru-baru ni.
Saya tanya secara terus — apa yang buatkan dia belum gerak lagi?
Dan masa tu, bila dia mula cerita lebih banyak tentang bisnes dia sendiri, mata dia bersinar-sinar.
Saya terus tahu: inilah topik yang benar-benar dia ambil berat.
Dia siap cakap
“Boleh tak saya bawa partner saya sekali? Saya rasa kita kena tengok dari sudut bisnes juga, sebab kalau bisnes ni nak grow dan sustain, itu pun akan bagi kesan besar dekat kewangan peribadi saya.”
Saya senyum je.
Sebab memang saya dah agak.
Ramai business owner memang macam tu — sebelum kita boleh bantu mereka betulkan personal finance, kita kena bantu mereka nampak hala tuju bisnes dulu.
Logiknya mudah: kalau punca pendapatan utama belum stabil atau belum ada struktur jelas, memang susah nak rasa yakin buat keputusan untuk diri sendiri.
Dan sebab itulah, bila saya coaching planner baru dalam firm, saya selalu pesan
“Kalau boleh, jangan terus mula dengan business owner dulu.”
Bukan sebab mereka susah, tapi sebab kes mereka jarang linear. Banyak lapisan: income campur gaji + dividen + loan reimbursement, struktur syarikat berbeza, partner lain-lain, kadang ada family dynamic juga.
Menariknya, bila sesuatu perkara betul-betul penting bagi klien, tindakannya pun cepat.
Contohnya, walaupun kami dah set nak jumpa selepas 10hb, dia terus minta nak jumpa lusa — sebab kali ni dia dah nampak kaitan jelas antara growth bisnes dan kewangan peribadi dia.
Kadang, dalam financial planning — moment of clarity tu bukan datang dari spreadsheet atau graf, tapi daripada perbualan bila klien sedar apa yang betul-betul penting bagi dia.
