Apa yang bomba akan buat dulu?
Dia takkan terus sembur air ke semua tempat.
Langkah pertama diaorang akan cuba cari kalau ada nyawa yang perlu diselamatkan. Itu akan menjadi keutamaan untuk diaorang.
Lepas tu baru fokus untuk halang api daripada merebak.Tengok api membara dekat mana, kalau dekat dengan dapur (ada tong gas), diaorang mungkin akan cuba kawal kebakaran dekat situ dulu supaya dia tak merebak lagi teruk.
Akhir sekali baru fikir nak selamatkan harta benda, kalau masih sempat.
Sebab kalau diaorang panik dan cuba padam semua api sekaligus, akhirnya results takde atau tak efisien.
Kita akan hilang fokus, tenaga, dan masa.
Begitu jugalah dalam perniagaan dan kewangan peribadi. Analogi ni terpakai juta untuk kewangan peribadi sahaja untuk orang makan gaji, tapi dia lagi boleh relate dengan usahawan.
Sebab usahawan kena deal dengan banyak isu pada yang sama.
Ramai usahawan bila rasa “api” mula marak
Tekanan kewangan
Cash flow tak cukup
Hutang bisnes bercampur dengan hutang peribadi
Pelaburan sana sini
Tak tahu nak mula dari mana
Diaorang akan cuba cari solution, pergi training, cari coach, ambik advisor dan macam2 lagi. Ye lah, bila semua nampak penting, semua nak diselesaikan serentak, akhirnya makin kelam kabut, makin stres.
Last2 duit yang makin sedikit tu habis, hutang dah keliling pinggang, bisnes kena tutup dan mungkin usahawan tu declare yang dia dan bangkrap.
Di sinilah peranan seorang perancang kewangan.
Macam pasukan bomba dari luar yang tak terperangkap dalam asap dan panik.
Kami datang dengan pandangan yang lebih jelas,
dan guna rangka kerja yang tersusun untuk bantu kenal pasti apa yang perlu “diselamatkan” dulu.
Langkah demi langkah dan bukannya semua kita cuba settelkan sekaligus.
Kadang-kadang, bila kita tengah dalam kebakaran,
kita perlukan seseorang yang berdiri di luar,
untuk bantu kita nampak jalan keluar dengan lebih tenang.
