Setiap kali nak pergi mana-mana, saya akan buka Google Maps dulu. Bukan sebab saya tak tahu jalan — tapi sebab saya nak tahu jalan mana paling ok hari tu. Yang mana paling cepat, tak jem, tak ada jalan tutup, tak ada accident.
Sebab kalau tahu awal, boleh elak. Tak perlu pening kepala, tak perlu stres sangkut tengah jem.
Dan ya, saya masih buat macam tu walaupun kebanyakan tempat saya dah hafal pun.
Sebab Google Maps tolong saya buat keputusan dengan maklumat yang paling updated,
tolong saya nampak blind spots yang saya mungkin terlepas pandang.
Macam tu jugalah kerja seorang financial planner.
Kebanyakan klien sebenarnya dah tahu asas kewangan, belanja jangan lebih dari pendapatan, duit kena simpan, kena declare cukai, bayar zakat, ambil polisi perlindungan… semua tu bukan rocket science pun.
Tapi sama juga macam saya guna Google Maps tu, walaupun saya dah tahu jalan, saya tetap buka sebab nak pastikan keputusan saya dibuat dengan maklumat paling tepat. Itulah juga peranan financial planner — bantu klien buat keputusan dengan pandangan yang lebih menyeluruh, dengan data yang dikemaskini, dan untuk elakkan mereka terperangkap dalam “jem” kewangan yang boleh dielakkan.
Tapi dalam guna Google Maps ni pun, ada masa saya tak ikut juga cadangan dia.
Contohnya, setiap kali keluar dari kawasan rumah saya,
Google selalu suruh naik satu flyover, tapi masalahnya, nak ke situ kena lintas jalan besar empat lorong.
Secara praktikal, memang tak logik nak buat macam tu.
Tapi sebab sistem tak tahu konteks sebenar, dia tetap bagi arahan yang sama.
Macam tu juga dalam financial planning.
Kalau klien tak kongsi maklumat penuh, contohnya berapa sebenar dia ada dalam simpanan kecemasan,
macam mana aset dia diagihkan, atau perbelanjaan sebenar dia, financial planner pun mungkin akan bagi cadangan yang nampak betul, tapi tak sesuai dengan realiti sebenar klien.
At the end of the day, the quality of the plan depends on the quality of the information shared.
Sama macam Google Maps — kalau maklumat tak lengkap, arah pun boleh salah.
