rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Stuck dalam Rat Race….

Semalam saya join satu sesi discovery call dengan salah seorang advisor baru yang sedang mula bina practice kewangan di WVA.

Kami jumpa seorang prospek berumur 49 tahun, bekerja di salah sebuah universiti awam.

Antara soalan yang saya tanya dekat dia —
“Encik, apa matlamat hidup encik sebenarnya?”

Dia terus terdiam. Blur sekejap.
Lepas tu dia jawab perlahan,
“Sebenarnya saya tak pernah terfikir pun apa matlamat hidup saya. Saya cuma tahu, saya kena pergi kerja, cari income, bayar hutang, dan cukupkan keperluan bulanan… sampai lah pencen nanti.”

Dan masa tu saya terfikir — betapa ramai antara kita yang hidup ikut rutin, tapi tak pernah berhenti untuk tanya “aku sebenarnya nak ke mana?”

Ramai orang rasa terperangkap dalam kerja yang membosankan, tak menyeronokkan, dan tiada hala tuju.

Saya bukan nak kecam kerja 9-to-5. Sebenarnya kerja tetap pun boleh jadi satu rezeki besar — kalau tempat tu ada budaya kerja yang sihat, rakan sekerja yang menyokong, dan imbangan hidup yang baik. Kalau dapat suasana macam tu, memang bertuah.

Tapi kalau setiap hari pergi kerja rasa berat hati, mungkin dah tiba masa tanya diri sendiri — kenapa aku masih di sini?
Dan berilah diri sendiri keizinan untuk berhenti.

Masalahnya, ramai takut nak berhenti sebab sistem nilai kita dah terbalik. Kita rasa tak boleh berhenti sebab perlukan gaji untuk bayar benda-benda yang sebenarnya kita beli hanya untuk tunjuk pada orang lain. Orang yang mungkin pun kita tak suka.

Bila kita berhenti hidup ikut pandangan orang lain, baru kita nampak — berhenti kerja bukan kegagalan. Ia boleh jadi langkah strategik.

Paling teruk pun, mungkin ada yang kecewa. Tapi kerja baru boleh dicari. Hidup baru boleh dibina.

Jangan tunggu “lampu hijau” dari pasangan, ibu bapa, kawan, atau masyarakat untuk mulakan hidup yang kita nak.

Kalau itu bermakna kurang duit sekejap tapi lebih tenang dan gembira di masa depan — biarlah.

Kadang-kadang kita kena berani melangkah satu langkah ke belakang, supaya boleh melangkah lebih jauh ke depan — untuk sepanjang hidup kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *