rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Bila Cerai dan Kewangan Bertembung

Baru-baru ni saya terbaca satu post viral daripada seorang peguam — katanya kalau ada prospek datang jumpa dia untuk kaunseling pasal cerai, orang tu kena get ready to be single.

Saya tak nak komen pasal kenyataan tu, tapi saya nak sentuh dari sudut kewangan — sebab itu bidang saya.

Saya pernah jumpa tiga jenis klien:

1️⃣ Yang dah bercerai sebelum jumpa saya.

2️⃣ Yang bercerai selepas sesi perancangan kewangan bersama.

3️⃣ Dan yang sedang dalam proses bercerai.

Menariknya, ketiga-tiga kes ni semuanya dimulakan oleh isteri, bukan suami. Dan hanya satu kes bukan berpunca daripada isu kewangan — tapi sebab ada orang ketiga.

Sebagai perancang kewangan, saya tak pernah dan tak akan nasihat klien sama ada nak teruskan atau tamatkan perkahwinan — itu bukan bidang saya.

Tapi saya wajib bantu mereka faham implikasi kewangan, dan apa langkah yang perlu diambil untuk lindungi diri selepas keputusan dibuat.

Cerai bukan sekadar soal emosi.

Ia juga tentang:

💔 Aset yang perlu diagih.

💸 Tanggungjawab kewangan selepas berpisah.

👶 Nafkah anak dan perancangan masa depan.

🏠 Tempat tinggal selepas perceraian. Termasuk hutang2 dan aset2 atas nama bersama.

📑 Pelan perlindungan, hibah, dan wasiat yang perlu disemak semula.

Ramai juga tak tahu — wasiat yang kita tulis tu tidak terbatal secara automatik selepas perceraian.

Kalau masa masih berkahwin dulu kita pernah tulis wasiat dan nyatakan nak bagi sesuatu kepada pasangan kita bukan secara faraid (saya memang tak galakkan buat macam ni), arahan tu masih sah, melainkan kita ubah atau batalkan.

Dalam konteks faraid, bekas suami atau isteri bukan lagi waris selepas penceraian, jadi kalau kekalkan arahan tu, bahagian tersebut dikira sebagai pemberian kepada bukan waris yang hanya boleh dibuat dalam sepertiga (1/3) daripada harta pusaka melalui dokumen wasiat.

Nampak kecil, tapi kesannya besar. Kalau tak disemak, waris sebenar boleh terkesan, dan bekas pasangan masih berhak atas bahagian yang kita mungkin dah tak niat nak bagi.

Baru-baru ni pun saya terbaca satu kes — bekas isteri menyerang bekas suami sebab marah nama dia ditukar daripada penerima manfaat polisi takaful.

Masalahnya, ramai tak faham konsep asas takaful:

👤 Policy owner ialah pemilik sebenar polisi.

📜 Penerima manfaat hanya akan terima manfaat jika masih layak dan ditetapkan oleh pemilik.

Jadi kalau polisi tu milik bekas suami, memang hak dia untuk tukar penerima manfaat bila-bila masa.

Begitu juga kalau polisi tu milik bekas isteri.

Isunya bukan siapa betul atau salah — tapi kurangnya kefahaman tentang hak kewangan selepas perceraian.

Sebab tu, antara langkah paling penting lepas bercerai ialah semak semula semua dokumen kewangan:

– Penamaan penerima manfaat takaful

– Wasiat & hibah

– Akaun dan pinjaman bersama

– Harta sepencarian

Perceraian memang soal emosi, tapi kewangan pula soal struktur dan dokumen. Kalau tak disusun elok, walaupun marah dah reda, masalah masih boleh berulang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *