rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Memahami Personality Kewangan Kita

Pernah tak kita rasa macam dah banyak ilmu pasal duit – dari bajet, pelaburan, sampai ke topik simpanan – tapi bila buat bajet, melabur, atau cuba disiplin… kita tetap rasa susah, tertekan, atau cepat give up?

Dalam pengalaman saya jumpa ramai individu dan pasangan, saya perasan satu benda:
Masalah kewangan selalunya bukan sebab tak ada ilmu, tapi sebab personaliti masing-masing.

Teori kewangan ni bahagian logik – ia sebenarnya senang nak faham.
Tapi bahagian emosi, psikologi, dan tabiat kewangan…
Ha, dekat sinilah ramai orang sangkut.

Kita semua ada personality kewangan yang berbeza.
Dan personality inilah yang mempengaruhi cara kita belanja, simpan, melabur, dan buat keputusan tentang duit.

Mari kita tengok 4 perspektif utama:

Spender vs Saver

Spender (Pembelanja):

  • Gaji masuk? Reward diri dulu.
  • Ada gajet baru? Mesti nak beli.
  • Kalau income naik, lifestyle naik sama.

Masalah utama spender – dia hanya simpan bila ada lebihan.
Masalahnya… lebihan tu jarang ada.

Spender perlukan bajet jelas, siap ada “fun money” yang boleh dibelanja tanpa rasa bersalah.
Dan dia kena ada kesedaran – kalau terus belanja ikut rasa, lambat laun akan tertekan.

Saver (Penyimpan):

  • Suka simpan duit sampai kadang-kadang terlampau berhati-hati.
  • Beli barang? Tunggu sampai betul-betul perlu.
  • Kereta? Biar 20 tahun pun sanggup asalkan tak perlu buat hutang baru.

Saver ni bagus sebab disiplin.
Tapi kadang-kadang terlepas peluang pelaburan sebab takut ambil risiko.
Ada juga yang cashflow negatif tapi simpanan tebal sebab tak sanggup nak guna duit tu.

Saver kena tengok semula portfolio return dan tanya:
“Dah cukup ke simpanan aku? Atau aku main selamat sangat sampai rugi peluang?”

Risk Taker vs Risk Averse

Risk Taker:

  • Berani cuba pelaburan baru.
  • FOMO tinggi – benda trending semua nak join.
  • Potensi untung besar, tapi… risiko kena scam pun tinggi.

Kalau risk taker ni ada asset allocation yang betul, portfolio dia boleh jadi sangat menarik.
Tapi kalau tak, dia mudah jadi mangsa janji manis skim cepat kaya.

Risk Averse:

  • Mahu modal selamat.
  • Sanggup terima pulangan rendah asalkan stabil.
  • Biasanya trauma: pernah kena scam, pernah hilang kerja, atau ada pengalaman kewangan pahit.

Risk averse ni suka simpan kat ASB, EPF, Tabung Haji, FD…
Kalau melabur, hari-hari check performance.

Group ni kena faham: tak ambil risiko langsung pun ada risiko – iaitu duit tak berkembang ikut inflasi.

Planner vs Impulsive

Planner:

  • Buat bajet, buat research, baca semua artikel sebelum buat keputusan.
  • Kadang-kadang overthinking sampai tak jadi buat apa-apa.
  • Excel spreadsheet dia? Penuh dengan scenario planning.

Planner ni bila dah buat keputusan, dia puas hati sebab semua dah dikira.
Kalau jumpa sumber yang dia percaya, barulah dia boleh lepaskan kawalan tu.

Impulsive:

  • Hidup YOLO.
  • Guna kad kredit ikut mood.
  • Cancel takaful sebab terbaca cerita viral kat FB, tanpa fikir panjang.

Bagi impulsive ni, logik tak jalan.
Kena guna cerita emosi – contohnya, bila nampak kawan hidup susah sebab keputusan impulsif, barulah dia sedar.

Giver vs Protector

Giver:

  • Susah nak cakap ‘tak’.
  • Kawan pinjam duit, sedara jual produk… semua dia setuju.
  • Sampai kadang-kadang famili sendiri terabai.

Giver perlukan gatekeeper – contohnya pasangan atau financial planner yang boleh jadi “orang jahat” tolong cakap ‘tak’.

Protector:

  • Fokus jaga kewangan keluarga.
  • Kalau nak belanja orang lain, tunggu betul-betul mampu.
  • Kadang sampai overprotect – ambik coverage insurans lebih dari perlu, takut kalau jadi apa-apa.

Protector perlukan seseorang yang dia percaya untuk ingatkan:
“Hidup ni bukan setakat protect diri, tapi kena belajar enjoy juga.”

Kenapa Penting Kenal Personality Kewangan?

  1. Elak konflik kewangan – terutamanya suami isteri.
  2. Cari strategi sesuai – tak semua orang sesuai dengan pelaburan risiko tinggi.
  3. Bina kesedaran diri – tahu kelemahan supaya boleh kawal impulsif, tingkatkan tabiat baik.

Bila kita kenal personality kita sendiri, barulah strategi kewangan tu realistik dan sesuai dengan hidup kita.

Jadi…
Korang rasa korang ni spender ke saver? Planner ke impulsive?
Atau campuran semua sekali? 😄

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *