Kereta pertama yang aku beli lepas mula kerja dengan TNB dulu ialah Perodua Kelisa. Padahal asalnya aku pergi showroom Perodua dengan niat nak beli Perodua Kancil 880cc saja – sebab bajet masa tu memang ketat.
Tapi bila dah sampai showroom, salesman tunjuk Perodua Kelisa. Dia kata:
- Enjin 1,000cc
- Ada built-in handsfree (zaman tu memang rare)
- Cuma tambah RM3,000 je dari harga Kancil
Aku pun bukanlah pandai sangat bab kereta. Sales pitch dia padu, aku teruja, terus letak booking bulan kedua lepas gaji pertama masuk. Loan bawah staff scheme TNB approve, RM480 sebulan untuk 7 tahun.
Kereta Paling Berbaloi
Lepas 17 tahun pakai – termasuk 10 tahun tanpa loan – aku rasa Kelisa ni antara kereta paling cost-efficient aku pernah ada:
- Insurance & road tax murah
- Maintenance senang, tukar part ikut nasihat service center je
- Lepas habis loan, 10 tahun tanpa bayaran bulanan memang lega
Disebabkan kereta pertama aku murah, aku boleh fokus excess cashflow untuk benda lain. Masuk tahun ketiga kerja, aku dah ada ASB loan RM200k, bayar RM1,100 sebulan walaupun gaji baru RM2,500. Memang hidup ikat perut masa tu, tapi aku tahu kenapa aku buat semua ni.
Sekarang bila fikir balik, keputusan beli kereta murah masa awal kerja ni bagi snowball effect besar pada kewangan aku untuk jangka panjang.
Bila Sampai Waktunya
Tahun 2020, lepas 17 tahun, aku akhirnya jual Kelisa tu. Sedih juga sebenarnya – kereta pertama, banyak kenangan. Tapi engine dah overhaul, kos maintenance makin tinggi, memang sampai masa untuk dilepaskan.
Masa nak beli kereta baru, aku pergi tanya mekanik dekat Perodua service center yang jaga Kelisa aku bertahun-tahun. Dia cakap Perodua Aruz ok, jarang ada masalah besar.
Bulan ni genap 5 tahun aku pakai Aruz. Setakat ni memang puas hati – selesa, tak banyak ragam, sesuai dengan keperluan sekarang. Bulan-bulan pun bayar RM 400 sebulan (downpayment tinggi sikit).
Sebab bayar kereta bulan-bulan rendah dari dulu sampai sekarang, aku boleh allocate gaji / pendapatan bulanan ke tempat lain macam savings , investments dengan travel.
Kita yang pilih apa yang kita nak sebenarnya dalam hidup ni, bukan orang lain. Orang lain hanya boleh cuba influence kita saja.
