Baru-baru ini saya terbaca satu perkongsian dari seorang usahawan yang dikenali dengan membantu perniagaan dalam perkhidmatan pemasaran digital.
Dia cerita tentang satu fasa gelap dalam hidup dia sebagai usahawan — ketika buat sales besar-besaran, tapi duit langsung tak nampak. Sampai satu tahap, perniagaan runtuh, simpanan habis, rumah dan kereta terpaksa dilepaskan, dan emosi sangat terganggu.
Apa yang dia lalui ni, saya nampak terlalu ramai usahawan lain pun pernah lalui — atau sedang lalui sekarang.
Ramai Power Buat Produk, Tapi Lemah Urus Duit
amai usahawan hebat dalam menghasilkan produk atau marketing, tapi bila masuk bab pengurusan kewangan — lumpuh.
✔️ Ada akauntan.
✔️ Ada auditor.
❌ Tapi bila tanya, “Faham tak audited account?” — jawabnya tak tahu.
❌ Siapa semak? Tak ada. Terima je apa yang diberi.
Ada tak financial dashboard untuk review prestasi bisnes setiap bulan? Tak ada. Yang di-track cuma sales.
Bila sales jatuh — naikkan marketing spend.
Tapi profit margin? COGS? Breakeven point? — semua tak tahu.
Cerita Benar: Sales RM300k Tapi Tak Mampu Bayar Gaji
Saya ada klien dulu, buat sales RM300,000 sebulan.
Tapi bila duduk kira betul-betul —
❌ Tak ada untung.
❌ Gaji sendiri pun tak lepas.
❌ Banyak sangkut bayar itu ini.
Yang buat dia tergerak nak engage kami ialah kawan dia dalam industri yang sama — hanya buat RM60,000 sales sebulan, tapi:
✅ Ada profit,
✅ Ada simpanan,
✅ Gaji setiap bulan stabil.
Dia mula tanya diri sendiri:
“Kenapa aku buat 5x ganda sales, tapi aku yang tercekik?”
Masalah Paling Serius: Menipu Diri Sendiri
Satu lagi klien saya dulu, bila bisnes tengah bermasalah — dia tak mengaku.
Masih hidup seolah-olah tak ada apa-apa.
🚗 Masih beli kereta baru.
🏠 Masih hidup besar.
📱 Masih posting lifestyle mewah.
Tapi hakikatnya, bisnes tenat.
Sampai satu tahap, tak mampu nak tampung langsung.
Jatuh — dan susah nak bangun balik.
Sebab terlalu lama berpura-pura bisnes sihat.
Kawal Diri Bila Dah Mula Pegang Duit
Bila usahawan dah sampai tahap “dapat pegang duit” — usahawan akan faham istilah ni — waktu tu lah kena lagi berhati-hati.
🚨 Jangan cepat lupa diri.
🚨 Jangan terus belanja besar kononnya untuk “scale”.
Bisnes ada naik turun. Tapi kalau kewangan peribadi kita tak stabil, kita sendiri akan rebah bila bisnes diuji.
Dan secara jujur — saya rasa kewangan peribadi LEBIH penting daripada kewangan bisnes.
✔️ Kalau bisnes jatuh tapi kewangan peribadi kukuh — kita boleh bounce back.
❌ Tapi kalau dua-dua teruk — memang parah.
Penutup: Bisnes Boleh Naik, Tapi Diri Kita Kena Stabil
📉 Sales tinggi tak bermakna bisnes sihat.
💰 Buat duit dan simpan duit adalah dua kemahiran berbeza.
📊 Tak kenal nombor bisnes = Tak betul-betul urus bisnes.
🙈 Tak jujur dengan keadaan sebenar = Susah nak survive.
Jaga asas.
Jangan kejar lifestyle usahawan sebelum ada struktur yang kukuh.
Dan yang paling penting — jangan tipu diri sendiri.
