Peribahasa “bagai bulan jatuh ke riba” bermaksud seseorang memperoleh sesuatu yang sangat diidamkan atau diimpikan tanpa disangka-sangka, atau mendapat tuah yang besar secara tiba-tiba.
Pernah tak korang, tanpa merancang, atau expect dapat sesuatu, tiba2 semua benda yang kena jadi untuk benda tu nak dapat dekat korang, semua dipermudahkan?
Hari ni ada jumpa satu prospek, business owner. Dia owner restaurant. Sedap makanan dekat kedai dia (aku dah try tadi) sebab jumpa dia untuk sesi discovery.
Tapi aku bukan nak cerita pasal apa isu dia, dan apa yang aku akan buat untuk dia. Aku nak cerita macam mana aku rasa macam ada orang hamparkan karpet merah untuk aku sampai jumpa dia petang tadi.
Beberapa minggu lepas, salah seorang klien aku buat keputusan untuk pindah ofis untuk pergi area baru sebab nak kurangkan kos operasi. Jadi sebelum aku pergi Chiangmai, aku pergi melawat ofis baru dia.
Habis appt dengan dia, on the way out, aku ada nampak satu kedai makan ni, dan terdetik dalam hati aku, next time aku datang area ni, aku mmg nak gi makan dekat situ.
Semalam, ada jumpa lagi satu klien yang also a business owner. After habis session, masa tgh lunch, klien tu bagitau yang ada seorang kenalan dia nak jumpa sebab nak jadi klien. Sebab dia perlukan khidmat nasihat untuk macam mana nak manage business dia especially dari segi kewangan.
Kita pun cakap, ok jer nak kenalkan. Lepas tu klien tu sebut nama kedai kawan dia tu. Eh, kedai nama sama dengan kedai yang terdetik nak makan hari tu.
Yang lagi interesting, klien yg sorang ni, mmg ada sebut ada kawan2 business owner dia yang lain berminat nak jumpa, tapi yang klien yang jumpa hari ni, tak pernah naik pun nama kedai dia. Semalam tu first time dia sebut.
Yang lagi bestnya, hari ni, mmg ada appt dkt office klien yang pindah tu, so dari Isnin minggu ni, sebab dah nampak dalam jadual, dah buat keputusan utk makan dekat kedai tu.
So bagitau lah klien semalam yang mmg plan nak makan situ, and kalau owner dia nak jumpa, boleh jumpa masa lunch dekat situ, takyah nak plan masa lain untuk buat discovery session.
Pagi tadi, owner kedai tu confirm nak jumpa, and tadi dah jumpa, and insyaallah, dia akan proceed untuk nak engage and dia siap belanja makan (tapi insyaallah akan repeat makan dekat situ walaupun dia buat keputusan untuk jadi klien).
The whole day today, mmg ada perasaan yang Allah nak permudahkan urusan untuk nak jumpa bakal klien ni, sebab in a normal situation, memang kitaorang punya path takkan bertembung.
Apa hikmah dia for me? For now tak sure lagi. Rasanya bukannya setakat akan dapat klien baru, tapi rasanya macam ada benda lagi yang akan datang lagi di masa akan datang….
Apa cerita korang yang lebih kurang sama, yang korang tak expect pun benda tu jadi, tapi everything just seem to happen / everything just seemed to align perfectly?
