Apakah perbezaan independent licensed financial planner dengan ejen?
1. Kena bayar fee untuk nak engage. Nak jadi licensed financial planner ni kena
a. Ambik professional certificate, tak kisah la Certified Financial Planner (CFP), Islamic Financial Planner (IFP), Registered Financial Planner (RFP) ataupun Shariah Registered Financial Planner (SHRFP). Course ni bukan murah, bukan sekejap dan bukan senang.
b. Apply utk dapat lesen praktis dari Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Bank Negara Malaysia (BNM). Lepas dapat lesen ni pantauan ketat dilaksanakan untuk kepentingan orang awam.
c. Kena berterusan menimba ilmu. Kursus2 ni kebanyakan kena bayar. Ni untuk nak bagi servis yang lagi mantap untuk para pelanggan.
2. Analisa kewangan secara keseluruhan sebelum bagitau apa yang kena buat. Diagnosis sebelum bagi ubat.
Financial Planner akan collect semua data kewangan peribadi pelanggan untuk buat analisa keseluruhan sebelum kita bagitau keadaan kewangan peribadi pelanggan.
Selepas tu, kita akan cakap apa yang kena buat dulu. Pada masa ni, kita tak cakap lagi apa produk yang perlu di ambil.
Lepas pelanggan setuju dengan analisis dan rekomendasi yang diberikan, baru kita bincang apa ubat yang perlu diambil.
Terpulang pada pelanggan sama ada nak ambik ubat dari financial planner, ataupun ejen ataupun nak buat sendiri.
3. Independent Financial planner tak terikat dengan mana2 syarikat pelaburan / produk secara eksklusif.
Bila nak berbicara pasal ubat yang bagi, financial planner boleh buat perbandingan secara telus untuk pelanggan berkaitan produk yang diperlukan (berdasarkan analisa yang telah dibuat).
Pelanggan adalah yang paling penting sebab pelanggan dah engage kami (iaitu bayar fee). Kami tak terikat dgn mana2 syarikat produk untuk menjual produk mereka sebab ada target.
4. Financial planner boleh jadi penasihat kewangan
Bila ada financial planner, semua keputusan yang besar berkaitan kewangan peribadi boleh rujuk dulu kepada yang pakar.
Contoh, nak beli rumah, kereta, pelaburan, etc.. Ni untuk mengelakkan kita melakukan kesilapan kewangan yang akan menyusahkan hidup kita sendiri di masa hadapan.
Sekarang ni masih belum ramai lagi licensed financial planner dekat Malaysia. Tak sampai 1000 orang.
Tapi ramai yang mengaku dia tu financial planner / financial advisor.