Nak jadi klien, yang penting komitmen
Ada satu prospek mesej tghr jumaat lepas cakap yg dia berminat nak jadi klien. Dia tanya boleh tak jumpa pkl 4 petang hari yang sama.
Sebab dah ada meeting lain, ckp x boleh. Dia terus tanya, Sabtu mcm mana? Pkl 530 ptg. Kalau nak kira boleh jer nk slot in, tapi appt sblm tu dkt Shah Alam, kalau nak kira malas gak nak merentas Lembah Klang utk ke area Jalan Tun Razak.
Kita offer Ahad, pkl 12, tapi dia cakap dia dah ada appt lain masa tu.
Last2 kita decide utk 530 pm Sabtu juga, sebab mesti ada sebab prospek ni nak jumpa juga dan nak jumpa cepat.
Bila jumpa hari Sabtu tu, kita mulakan sesi discovery macam biasa. Start2 terus dia cakap objective dia.
Agak2 korang apa?
Jeng jeng.
Dia nak tahu bila dia boleh berenti kerja. Sebenarnya dia dh tahu pasal servis financial planning dari kawan dia dalam bulan 2 tahun ni tapi dia ada some personal yang dia kena settle dulu jadi kawan dia pun advice settlekan dulu sblm jumpa. Lepas tu dpt plak panggilan pergi haji, tu yang baru jumpa sabtu lepas.
Yang lagi best dia cerita, dia sampai Khamis, masuk kerja Jumaat, tak sampai separuh hari masuk kerja terus contact financial planner nak engage.
Banyak lagi benda yg kitaorg bincang, tapi cakap siap2 dkt dia, bila report dah keluar baru kita tau boleh ke tak. Tak nak bagi harapan palsu dekat dia. Sebab kita tak tau keadaan kewangan dia macam mana lagi. Kalau sekali imbas, jawatan tinggi, so ada kebarangkalian tinggi boleh, tapi kena lah tunggu report keluar.
Siap cakap dekat dia, engagement letter Isnin baru boleh keluar sebab ofis tutup. Dia cakap ok.
Pagi tadi engagement letter keluar, dia dah siap sign, bayar fees dan dah email semua document dengan info yang dia kena sediakan.
Ni lah level client yang betul2 komited. Tak sabar plak nak tunggu report siap sebab nk tolong dia capai impian dia plak