Claim client (takaful)
Ramai orang dok share/ tanya pasal isu viral satu dua menjak ni pasai GL kena declined.
Dah jadi mcm trend plak, tk dpt apa yg kita nk, terus viral kan. Ada jer channel2 yg berpatutan yg kita boleh usahakan sblm last resort nak viralkan.
Kisahnya, 3 tahun lepas, ada seorg prospek datang jumpa aku, ada lah benda jadi dkt dia dan disebabkan tu dia tkleh kerja.
Yang bagusnya, prospek ni ada kesedaran nak ambik pelan perlindungan. So dia ada tiga polisi dari syarikat yg berbeza. 2 polisi hayat dan satu mrtt.
Masa jumpa dan mula engage, satu company dh approve claim dan dah start bayar pampasan dekat klien. Tapi dia x bayar lumpsum, dia bayar in stages .
Masa tu yg lagi satu polisi hayat tu dalam proses claim dan sama juga dgn mrtt.
Alhamdulillah, polisi hayat tu pun approved claim dia. Tapi polisi mrtt tu kena reject. Klien pun share email dari bank officer, aku yg baca pun marah sebab basically dia cakap diaorg takkan approved kan the claim sebab klien x layak dan kalau x puas hati boleh report dkt OFS dan BNM.
Klien mmg bengang lah (btw, polisi2 ni semua bukan dia ambik under aku ya). Yg dua yg approved tu, under ejen, dan ejen dia buat kerja jadi dptlah claim tu. Yg last tu dgn bank, sbb tu ada problem sikit.
Klien terus cakap nak ambik tindakan. Aku cakap, rilek dulu. Kita plan betul2 and kita apply balik utk claim tu. Kalau xleh baru kita escalate.
So apa yg kitaorg plan.
Satu, gi dkt socso dulu, apply pencen ilat. Alhamdulillah, socso punya medical board approved Dan klien dapat RM 2500 bulan2.
Lepas tu, kumpul balik semua claim2 dari dua lagi company tu and resubmit dkt bank.
Adalah pergi balik dua tiga kali, finally dalam bulan 12 tahun lepas approved claim mrtt.
Klien? confirm lah happy kan.
Financial planner dia? happy jugak (walaupun polisi2 ni bukan tanggungjawab kita, tapi sebab nak tolong klien, kita buatkan).
So, kalau kena rejek tu, jangan melompat dulu. Banyak benda lagi boleh buat. Ejen pn jangan ambil jalan senang ckp syarikat takaful rejek. Cuba lah fahamkan kenapa kena rejek, dan cuba selesaikan utk klien. Komisen dh ambik kan?
Tu jer nk share.
