Faedah engage seorang Licensed Financial Planner
Hari ni nak cerita perjalanan salah seorang klien yang buat keputusan untuk ‘serah diri’ kepada aku pada tahun 2018. Klien ni yang datang jumpa dan bagitau yang dia nak jadi klien sebab dia nak betulkan keadaan kewangan dia.
Apa isu yang dia hadapi masa tahun 2018 tu? Masa tu dia ada isu hutang merangkap isu aliran tunai. Sebab tu susah gile nak save duit. Setiap tahun mengharap bonus untuk nak settlekan hutang2 kad kredit. Tapi dia sedar, sampai bila nak hidup macam tu kan, jadi sebab tu lah dia datang ‘serah diri’
Macam biasa (padahal baru jer tahun pertama dapat lesen sebagai seorang financial planner), kita dapatkan data berkaitan keadaan semasa kewangan dia.
Ini fakta2 yang berkait pada tahun 2018 (Dec 2018)
Gaji Kasar – RM 7,885 sebulan
Bayaran hutang bulanan – RM 4,305 sebulan
DSR – 54.60%
Simpanan Tunai – RM 10,000
Nilai Aset Bersih (Networth) – RM 325,802
Kalau nampak dekat sini, mmg isu utama dia pengurusan hutang dan aliran tunai. Sebab tu susah nak simpan duit. Masa ni, untuk nak bagi ruang bernafas, salah satu nasihat yang diberikan adalah untuk bawak keluar duit dari Akaun 2 EPF untuk satu tahun sebanyak RM 1,715 sebulan untuk bantu bayaran bulanan pembiayaan perumahan. Bagitau klien yang lepas satu tahun ni akan kaji semula jika masih perlu buat.
Adalah benda2 lain yang kita tolong klien buat lepas tu, tapi selepas satu tahun, data pada Nov 2019 macam ni pulak
Gaji Kasar – RM 8,730 sebulan (+RM 845 sebulan)
Bayaran hutang bulanan – RM 3,515 sebulan (-RM 790 sebulan)
DSR – 40.26% (-14.33%)
Simpanan Tunai – RM 48,796 (+RM 38,796)
Nilai Aset Bersih (Networth) – RM 367,815 (+RM 42,013)
Alhamdulillah, semua data utama berkaitan keadaan kewangan klien bertambah baik. Tapi aliran tunai masih ada masalah lagi, jadi kita masih suruh dia keluarkan RM 1,000 pulak sebulan dari Akaun 2 EPF utk setahun, dah lepas satu tahun kaji balik sama ada masih lagi perlu atau tidak)
Macam mana mula tahun seterusnya? Adakah data untuk Nov 2020 (era Covid) jadi lagi teruk?
Gaji Kasar – RM 9,009 sebulan (+RM 845 sebulan)
Bayaran hutang bulanan – RM 3,105 sebulan (-RM 410 sebulan)
DSR – 34.47% (-5.80%)
Simpanan Tunai – RM 86.691 (+RM 37,895)
Nilai Aset Bersih (Networth) – RM 487,130 (+RM 119,315)
Walaupun dalam masa MCO, di mana ramai orang bergolok gadai, klien ni yang pada asalnya ada isu hutang dan aliran tunai, secara ajaibnya, keadaan kewangan beliau makin mengukuh. Tahun kedua berturut dapat simpan lebih dari RM 35,000 setahun (dah mula simpan dalam SSPN dengan PRS untuk bantu kurangkan lagi cukai pendapatan) dan yang paling best, dah tak perlu bawak keluar duit dari Akaun 2 EPF lagi dah.
Adakah klien buat keputusan untuk berhenti menggunakan khidmat financial planner lepas dah jadi ok? Tidak sama sekali. Dia sambung untuk tahun ke empat pulak. Data permulaan tahun keempat dia seperti berikut (Oct 2021)
Gaji Kasar – RM 9,369 sebulan (+RM 360 sebulan)
Bayaran hutang bulanan – RM 3,066 sebulan (-RM 39 sebulan)
DSR – 32.72% (-1.74%)
Simpanan Tunai – RM 78,291 (-RM 8,400)
Nilai Aset Bersih (Networth) – RM 525,984 (+RM 38,854)
Lepas 3 tahun bersama, baru kali pertama simpanan tunai dia tak bertambah. Tapi antara sebab tak bertambah tu sebab nak selesaikan hutang PTPTN and dapat diskaun dari PTPTN lagi. Sebab dah tak pakai EPF akaun 2, nilai aset bersih klien makin meningkat utk tahun keempat berturut2.
Walaupun tahun ketiga kurang memberangsangkan dari segi simpanan, data2 yang lain terus menjadi lebih baik, jadi klien pun teruskan niat untuk sambung buat kali kelima. Data permulaan tahun ke lima dia adalah seperti berikut
Gaji Kasar – RM 9,369 sebulan (+RM 0 sebulan)
Bayaran hutang bulanan – RM 3,172 sebulan (+RM 106 sebulan)
DSR – 33.86% (+1.13%)
Simpanan Tunai – RM 228,088 (+RM 149,797)
Nilai Aset Bersih (Networth) – RM 799,313 (+RM 273,329)
Rumusan tahun keempat engagement, gaji kekal sama, tapi simpanan bertambah. Komitmen bulanan naik sedikit, tapi disebabkan OPR naik (tahun 2023). Nilai aset bersih pun naik selari dengan peningkatan simpanan tunai.
Data akhir (klien sambung lagi untuk tahun 2024)
Gaji Kasar – RM 10,442 sebulan (+RM 1,073 sebulan)
Bayaran hutang bulanan – RM 3,350 sebulan (+RM 178 sebulan)
DSR – 32.08% (-1.77%)
Simpanan Tunai – RM 251,500 (+RM 23,412)
Nilai Aset Bersih (Networth) – RM 817,325 (+RM 18,012)
Secara keseluruhan, faedah yang klien dapat setelah bayar RM 3,000 x 6 tahun adalah seperti berikut
DSR – Pengurusan sebanyak 22.52%
Simpanan Tunai – Peningkatan sebanyak RM 241,500
Nilai Aset Bersih (Networth) – Peningkatan sebanyak RM 491,523
Agak2 berbaloi ke tak nak berurusan dengan seorang financial planner?
Nak lagi ke cerita2 detail macam ni? Atau nak suruh share general tips saja berkaitan pengurusan kewangan?
