Share balik post tahun lepas.
Mmg lepas kurangkan subsidy semua, perbelanjaan bulan naik. Jadi mmg kena review balik.
Tahun ni plak, SST dah naik, lepas tu baru2 ni dh ckp pasal subsidi diesel kena tarik (insyaallah harga barang2 akan naik lagi). Petrol pun tunggu masa jer, so semua orang kena bersedia untuk review cara hidup sekali lagi.
Akaun 3 EPF akan dapat bantu short term tapi akan ada long term implications terhadap persaraan ramai rakyat Malaysia. So, jangan tersalah langkah.
Mcm dh cerita sebelum ni, kalau perlukan guidance, boleh cari licensed financial planner untuk restructure balik kita punya kewangan secara menyeluruh.
_____________________________________________
Subsidi bersasar
Setelah dapat pengumuman beberapa bulan lepas pasal subsidi haji dilupuskan untuk golongan T20, kerajaan pun dah bagitau yg subsidi eletrik pula akan dilupuskan juga untuk golongan yang sama.
Terus terang, saya setuju dengan cadangan atau keputusan tersebut. Dan saya rasa tak lama selepas ni kerajaan akan umumkan keputusan untuk subsidi petrol Ron95 pula.
So apa impak dia kepada golongan T20?
Secara amnya, kos sara hidup akan naik. Berapa %, wallahuallam. Tu kena tengok perbelanjaan masing2.
Tahun ni, boleh tengok ramai yang dapat panggilan haji kena tolak panggilan tersebut sebab kos dah naik sebab subsidi dah xde.
Untuk subsidi elektrik ni nanti, lagi ramai orang akan mula beli perkakas yang jimat elektrik sebab nak kurangkan bil bulanan. Tapi pada masa yang sama, makin ramai akan kena scam dengan orang2 yang nak mengambil kesempatan cakap boleh bantu kurangkan belanja bulanan atau tolong tambahkan pulangan dari pelaburan.
Golongan2 yang mmg dh berbelanja secara berhemah sblm ni, kos diaorg naik juga, tp dalam julat yang munasabah. Jadi mereka ni kurang terkesan dengan kenaikan ni.
Pengurangan subsidi ditambah dengan kenaikan OPR akan mengurangkan lebihan tunai isi rumah dan mengakibatkan ramai yang akan kurang berbelanja yang akan mengurangkan pendapatan golongan peniaga. Pada masa yang sama, hutang seisi rumah akan naik sebab ramai mungkin perlu menggunakan kad kredit dan pembiayaan peribadi untuk menanggung perbelanjaan bulanan.
Apa yang boleh dibuat?
Kaji semula cara kita menguruskan kewangan peribadi. Banyak aja template yang ada dekat laman web. Kalau nak lagi tepat, jumpa perancang kewangan professional. Bukan yang ada sijil ya, tapi yang berlesen dengan suruhanjaya sekuriti.
Kalau nak strukturkan kembali hutang dan bayaran bulanan, boleh set appointment dengan AKPK. Jangan tunggu sampai dah teruk dan nazak baru nak ambil tindakan. Masa tu nanti nyesal tak sudah. Lagi tinggi titik permulaan kita, lagi sakit kalau jatuh tu nanti.
