Sekarang ni macam banyak giler orang nak share semua benda dekat media sosial.
Ada yang nak share updates, ada yang nak share ilmu, ada juga yang nak share ‘kepandaian’.
Tapi kena faham, tak semua patut kena share. Contoh, pergi share aib kita dekat media sosial, dah kenapa?
Ada juga share anak2 gi sekolah mana. Kalau ada orang yang ada negatif thoughts against your family, dan tahu anak korang sekolah mana, tak ke naya nanti kalau jadi apa2.
Pasal kewangan pun, takyah share details bank account, detail kad kredit, no pin, berapa duit kita ada, berapa banyak emas kita simpan dekat rumah.
Biar lah orang meneka, tapi kita tak perlu share benda2 ni.
Bagilah scammer kena kerja keras untuk nak cari income diaorang. Ni korang bagi free2 jer, takyah usaha sangat pun nak sebat duit korang.
Kang bila duit dari account orang dah ambik, kad kredit korang orang guna, orang dapat rumah curi emas korang, lepas tu baru nak menyesal, dah lambat dah masa tu.
Jadi berjaga2,lah dengan maklumat peribadi korang. Sekian pesanan khidmat masyarakat untuk pagi ni
