rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya

Antara nasihat yang saya bagi dekat klien saya adalah, fikir banyak kali sebelum buat keputusan beli rumah.

Sebab kalau silap langkah, nak tukar fikiran, tak senang tak betulkan.

Dan banyak klien yang datang ada isu dengan hutang, dan walaupun ada hutang2 lain, tapi isu dia bermula dari salah beli rumah.

Rumah ni memang benda paling mahal kebanyakan dari kita akan beli dalam hidup kita ni. Kalau kereta masih ada option murah macam axia, saga kalau nak beli. Tapi kalau rumah, paling kurang pun RM 100,000.

Tapi berbanding dengan kereta, orang tak flex beli rumah murah. Sebab rumah harga macam tu ada cons yang tersendiri.

Tahun lepas, ada seorang klien yang ada dua-tiga rumah kos rendah, dua dia bagi sewa, satu dia duduk sendiri dengan keluarga. Dia cakap isteri rasa tak selamat duduk situ lagi2 bila dia balik lambat atau outstation. Terus buat keputusan untuk nak pindah rumah lain, walaupun kena bayar sewa.

Ada klien yang beli banyak rumah, buat berantai sampai 11 rumah. Bila beberapa rumah takde penyewa, rantai dia putus. Kena keluarkan duit simpanan untuk bayar komitment sampai duit habis. Bila duit habis, guna kad kredit. Bila kad kredit max out, overlap dengan pembiayaan peribadi pula. Last2 sampai 6 angka defisit tahunan dia.

Bukan nak cakap beli rumah untuk investment salah. Investment rumah ni mmg boleh buat duit, kalau kita faham apa yang kita buat, sama jer macam semua jenis investment yang lain.

Tapi ramai orang beli rumah tanpa betul2 faham apa yang diaorang buat. Last2 terciduk, dan nak keluar dari investment yang salah tu memang tak mudah, dan ambil masa. Jadi bertambah2 lah masalah kewangan yang orang tu hadapi.

Nak betulkan isu kewangan bila salah beli rumah ni tak mudah, tapi nak merancang dan fikir2 betul2 sebelum nak beli rumah tu tak susah.

Fikirlah, nak susah dulu, senang kemudian ataupun sebaliknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *