rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Berapa sepatutnya nak kena bayar dekat intern ni?

Kalau ikut TalentCorp punya National Structured Internship Program (MySIP) kalau bagi minimum RM 600 sebulan untuk intern yang ambik degree atau masters, boleh dapat double tax deduction dengan syarat ambik intern tu minimum 10 minggu, dan intern tu ada go through a specfic programme untuk dapatkan skills dari syarikat.

Kalau ikut Capital Market Development Fund (CMDF) Intership Programme pula, kalau syarikat bagi RM 900 sebulan, boleh dapat RM 600 ‘refund’ balik dari CMDF untuk interns yang join financial planning firms tapi kena duration 4-6 bulan dan study dalam bidang yang berkaitan ie finance dan seangkatan dengannya.

Secara peribadi, saya rasa interns patut dibayar untuk cover minimum perbelanjaan dalam masa dia buat internship tu, macam tempat tinggal, pengangkutan dan makan minum. Itu basic requirement. Sebab memang betul, intern datang untuk belajar / habiskan requirement untuk nak graduate. Tapi masa yang sama syarikat juga ada gunakan tenaga mereka untuk buat kerja dekat ofis. RM 300-500 tu terlalu rendah bagi aku sebagai business owner untuk nak bayar seorang intern nak datang ofis untuk nak buat kerja / belajar sampai habis dia punya praktikal period.

Akhir kata, benda ni semuanya kaitan dengan supply dan demand. Kalau semua syarikat offer internship allowance yang rendah, nak tak nak intern still kena ambik sebab nak settlekan requirement untuk graduate.

Tapi saya prefer bayar lebih sikit, untuk dapatkan quality intern, sebab kalau tengok staf2 dekat ofis, lebih dari 75% sekarang memang kita absorb lepas dia masuk as an intern. So kalau nak guna route ni untuk dapat quality hires, kena lah labur lebih sikit supaya orang / intern nak buat internship dia dekat tempat kita.

Tapi takdelah pulak sampai RM 1,300 ker RM 1,700 sebab korang memang datang untuk belajar, kalau takleh buat benda yang sama dengan staff lagi, sebab tu pun nama korang intern lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *