Sekarang ni kan tengah hangat perbincangan di media sosial pasal isu UEC. Kalau rata2 baca pun, banyak orang cakap UEC ni cuma support kehendak 15% dari rakyat berbangsa Cina di Malaysia ni, sebab majoriti masih pergi ke sekolah kebangsaan. Yang 15% pula tu kalau ikut statistik, adalah golongan T20 sebab mampu hantar anak pergi private school.
Klien2 saya banyak yang pernah tanya, kenapa Rafiq hantar anak pergi sekolah kebangsaan, bukan international ataupun private school. Mak saya sendiri pun bising kenapa tak hantar anak pergi private school walaupun mampu (dia siap nak bayarkan lagi) Tapi last2 sebab kami suami isteri dah bertegas juga nak hantar anak dekat sekolah kebangsaan, ke situ lah juga dia pergi.
Bukan nak nafikan kalau hantar private atau international school, ada kelebihan dia tersendiri. Tapi sebagai seorang yang keluar dari sistem pendidikan negara, saya rasa ada kebaikan duduk sekolah kebangsaan
1. Dapat bergaul dengan semua lapisan masyarakat. Ye lah, skrg ni kan zaman media sosial. Kita boleh nampak ramai orang dekat media sosial ni macam tak biasa hidup dengan kaum lain. Ada yang cakap pasal sistem persekolahan lah punca dia. Saya dengan kawan2 yang berlainan bangsa yang kenal dari kecik dulu, ok jer. Takde pun isu. Saya taknak anak2 saya ada perspektif yang terlalu kecil.
2. Saya nak anak2 saya nampak orang yang hidup tak sama senang dengan famili saya. Kalau hantar sekolah private / international, tentulah budak2 dekat situ dari golongan t20 jer. Yang lain tak mampu nak hantar anak2 diaorang dkt situ. Kang tak tau ada jer orang yang hidup susah, nak ajar dia ada empati sikit dengan orang2 sekeliling.
3. Konsep saya pasal education bukanlah akademik sangat, tapi macam mana nak belajar jadi manusia yang baik. Akademik ni kalau dekat sekolah kebangsaan tak cukup, boleh jer top up dekat tuisyen dan sebagainya. Saya dulu grad dekat MIT. Menang top uni, tapi dari segi akademik saya belajar benda yang sama saja dengan universiti yang lain. Apa yang MIT ajar untuk saya, macam mana nak jadi seorang dewasa yang faham pasal naik turun dalam hidup kita dan macam mana nak atasi dia. Sebab sblm masuk MIT dulu, nak score exam senang giler untuk saya, masuk situ baru tahu langit tinggi ke rendah. Saya pernah gagal, tapi alhamdulillah berjaya bangun semula.
4. Sebab dapat ‘jimatkan’ duit hantar sekolah kebangsaan, kami sekeluarga dapat travel ke sana ke sini tiap2 tahun. Dekat sini juga anak2 saya dapat belajar pasal negara orang lain, dapat tengok kelebihan2 yang kita ada sebagai rakyat Malaysia, jadi boleh rasa bersyukur. Bukan saya nak cakap negara kita ni dah sempurna. Tapi kalau bandingkan dengan negara2 lain, banyak jer kelebihan yang kita ada. Macam sekali tu, kitaorang jalan balik ke hotel dekat Bangkok, anak perempuan saya masa tu umur 8 ke 9 tahun, dia nampak nak dekat tengah malam masih ada penjaja tepi jalan yang tengah bekerja keras untuk mencari rezeki. Jadi dia tanya dekat saya, dia cakap orang tu susah ke, sebab tu sampai tengah malam dia kena kerja sebab nak cari duit?
5. Saya yakin banyak jer cikgu sekolah kebangsaan yang berkualti. Bukannya diaorang takleh pergi mengajar dekat sekolah private ataupun international tapi diaorang pilih nak duduk sekolah kebangsaan. Masa anak lelaki saya darjah dua, kitaorang pergi jumpa cikgu BM dia sebab anak saya mengadu dia kena denda. Kita minta jumpa cikgu sebab nak faham kenapa (bukan sebab nak attack cikgu ya). Lepas jumpa tu, cikgu ada cerita yang anak saya ada masalah dalam perbelajaran. Rupa2nya, dia tak faham Bahasa Melayu dengan fasih sebab kitaorang cakap dalam BI dkt rumah. Dia pun layan kartun dalam ipad dia dalam BI. Lepas tu dari darjah 2 sampai darjah 6, cikgu BM tu bantu pantau perkembangan anak saya dekat sekolah dan alhamdulillah, hari tu trial SPM dapat lah juga A.
Banyak lagi sebab2 kecil kenapa kena hantar anak2 saya pergi sekolah kebangsaan.Tulis panjang2 pun selalunya orang tak baca sampai habis dan respon berdasarkan apa yang diaorang nak cakap jer pun.
Adakah keputusan saya ni betul untuk anak2? Kita kena tengok dan lihat lah, sebab tak lama lagi dua2 dah nak jadi orang dewasa dah. Kalau diaorang dapat jadi manusia yang baik dan berguna, tu dah cukup buat saya.
