rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Financial planner ajar orang baham riba

Ada seorang hamba Allah ni cakap yang kita semua kena hati2 dengan financial planner. Sebab apa, financial planner ajar orang untuk mendekatkan diri ke neraka.

Apparently, financial planner ni mengajar orang awam cara2 leveraging debt utk cashflow cantik sebab kitaorang ikut mazhab don’t work for money, but make your money work for you.

Pertama sekali, aku mmg seorang financial planner dan aku bukan against islamic banking. Tapi walaupun aku bukan against islamic banking, aku tak galakkan orang berhutang, walaupun secara teori gunakan other people’s money (OPM) atau leverage boleh bantu grow your wealth. Aku tak setuju sebab ko tambah lagi satu risiko dalam pengurusan kewangan iaitu berhutang dalam pelaburan. Orang lain, lain cara dia.

Kedua, don’t work for money but make your money work for you bukannya suruh ko pergi makan riba lah. Maksudnya ko pergi laburkan duit ko. Jangan bagi duit tu jadi idle sebab nanti nilai dia kena makan dek inflasi.

Banyak jer pilihan pelaburan yang shariah compliant. Susah2 kalau rasa semua tak shariah complaint, labur lah dalam emas dan perak. Takkan yang tu pun riba juga?

Kalau taknak juga, simpan jer lah duit ko tu. Takde siapa pun paksa ko pergi melabur atau ambil pembiayaan. Hidup masing2.

Tapi dakwaan ko yang financial planner ni tugas dia mengajak orang mendekatkan diri ke neraka tu, kalau tak betul, jatuh fitnah. So dosa besar fitnah level mana pula tu? Dan dosa ko dengan manusia plak, ko nak gi jumpa sorang2 financial planner untuk minta maaf ke masa dekat dunia ni?

Kalau siapa2 yang percaya dengan orang macam ni takpalah. Takyah cari financial planner kalau perlukan khidmat nasihat macam mana nak improvekan pengurusan kewangan korang.

Dengan aku lagi takyah, confirm aku takkan ambik orang macam ni jadi klien pun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *