rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Kahwin lain lepas pasangan meninggal

Pernah terbaca ada ejen takaful pernah guna senario di mana kalau kita tak sediakan hibah kepada isteri masa kita hidup, nanti bila kita dah meninggal nanti dia ter’paksa’ kahwin lain sebab nak teruskan hidup sekali dengan anak2. Basically, menggunakan emosi cakap, ko sanggup tak tengok isteri ko nanti kahwin lain sebab ko tak tinggalkan apa2 untuk dia nanti.

Pertama sekali, tolong lah stop guna cara macam ni untuk nak dapatkan pelanggan. Buat proper fact finding, fahamkan apa keperluan klien dulu sebelum bagitau apa yang dia perlu buat.

Kedua, ko dah takde. Tak kisah lah ko sediakan duit ke tak untuk isteri ko. Ko nak jeles lepas dah masuk kubur kenapa? Bukannya ko tau pun isteri ko kahwin lain lepas dah mati. Sama jer utk yang si isteri. Kalau dah ada jodoh, siapa plak kita untuk nak halang. Kalau ikut wedding wovs orang putih, dia cakap until death do us part.

Tapi kalau pasangan kita buat keputusan taknak kahwin lagi lepas ketiadaan kita, itu hak dia. Terpulang lah dekat dia apa yang dia nak buat.

Kalau aku? Aku takleh nak fikir apa aku nak buat. Sebab aku takleh nak fikir apa aku akan buat kalau isteri aku dah xde nanti. Tapi pada masa yang sama, kalau aku yang xde dulu, bagi aku terpulanglah apa keputusan yang dia nak buat.

Aku still akan rancang kewangan aku dan keluarga supaya hak dia dan anak2 lebih teratur tak kisah apa sahaja yang akan terjadi dan berdoa yang Allah akan permudahkan semua urusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *