Ada nampak sharing ni dekat wall tadi. Just nak share, calculator ni tak accurate ya.
Memang betul, gaji dalam RM 30,000 sebulan, PCB bulanan nak dekat RM 6k (kalau tengok line no 2).
Tapi line yang Jumlah cukai sampai RM 9,200 tu tak betul ya. Sebab dia include sekali potongan EPF pekerja dalam RM 3,301 tu.
Bila jumlah cukai tu dah salah, kadar cukai marginal tu pun dah salah dan kadar cukai purata tu pun dah salah.
Kadar cukai marginal adalah kadar cukai tertinggi yang kita kena. Pada pendapatan RM 30,000 sebulan, paling tinggi kadar cukai marginal kita dalam 25% (tak sampai 35.5% pun)
Kalau ikut kadar cukai purata pulak, kita ambik cukai yang dikenakan (RM 5,872), bahagi dengan gaji bersih, jadi dalam 19.57%. Bukannya 35.5% macam tertera dalam screenshot tu.
Memang lagi tinggi pendapatan kita, lagi tinggi cukai / zakat yang kita kena bayar. Tu tak dinafikan, tapi kena share maklumat yang betul, untuk tak menimbulkan fitnah.
Bila gaji dah tinggi ni, tax planning jadi lagi penting. Kalau tanpa tax planning, orang ni akan bayar cukai RM 70,500 setahun. Kalau dia ambil kebanyakan pelepasan cukai, boleh jimat dalam RM 10-13k setahun. Banyak sebenarnya penjimatan yang dia boleh dapat.
Tapi itu kalau dia merancang lah.
