rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

33, Jobless and Broke…

Details tak cukup, tapi ni langkah2 yang penulis boleh ambil.

Satu, pergi SOCSO untuk claim EIS. Bawak surat kena layoff semua, insyaallah akan dapat bantuan/ pampasan dari pihak SOCSO.

Dua, kalau kena layoff, dalam masa 2 bulan tinggal RM 3,000, persoalan dia ada dapat pampasan tak dari syarikat? Kalau dapat, tapi dah habis, lain cerita lag. Tapi kalau x dapat, atau tak dapat cukup ikut akta buruh, pergi ke JTK untuk file complaint. Biar JTK deal dengan majikan sebelum ni.

Tiga, sementara nak tunggu dapat kerja baru, buat lah apa2 kerja part time macam grab ker, kerja dkt fast food ker, janji kerja yang halal untuk ‘beli’ masa sementara tunggu dapat interview dan dapat kerja baru. Kalau nak ceburi bidang sales, banyak jer option yang start up modal dia kecil, tapi kena rajin usaha untuk nak dapat income yang bermaruah dan sustainable.

Empat, mungkin minta tolong orang tolong reviewkan your resume. Sebab umur 33 takdelah tua sangat, mungkin resume kurang menarik menyebabkan tak kena panggil untuk interview lagi.

Lima, pergi cari kursus2 upskilling yang free / murah either online atau dengan kerajaan untuk tambah skill set supaya nilai kita makin bertambah kepada bakal majikan.

Enam, cuba sedaya upaya kurangkan kos belanja bulanan (sebab single kan),supaya boleh bertahan lagi lama dengan duit yang ada

Tujuh, kalau ada hutang dan sebagainya, pergi jumpa AKPK, minta bantuan untuk restructure hutang supaya bayaran bulanan makin kurang buat sementara waktu sampai boleh berdiri balik atas kaki sendiri.

Last sekali nak jawab pasal gagal ke tak? Untuk aku, definisi gagal bila kita jatuh, kita tak bangun2 balik. Tapi kalau lepas jatuh, kita bangun balik, insyaallah tak gagal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *