rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Shawshank Redemption asalnya flop dekat box office

Kalau tanya aku, apa movie yang aku paling suka lifetime, Shawshank Redemption akan masuk antara top 3. Ramai juga bila aku tanya kawan2 aku, ramai yang cakap memang antara the best movie diaorang pernah tengok.

Kalau tengok dekat iMDB 250 Movies, Shawshank Redemption ranking dia no 1.

So aku terkejut gila lepas tengok ada satu video ada content creator ni share pasal Shawshank Redemption yang sebenarnya movie ni pada tahun dia keluar kira box office flop. Dia dapat kutip dalam USD 16 juta tapi modal keluar makan USD 25 juta. So kira rugi lah sebenarnya.

Lepas tengok ulasan tu dengan buat research sikit antara sebab mula2 dia gagal ie jadi box office flop adalah

1. Persaingan sengit pada tahu tu, sebab Pulp Fiction, Forrest Gump, Lion King semua keluar tahun yang sama.

2. Title dia tak explain cerita ni pasal apa. Siapa tahu Shawshank tu apa? Aku pun baru dapat tahu yang movie ni adaptasi dari buku Stephen King. So bila orang tak tahu, dan marketing dia pun tak explain, orang macam kurang minat nak pergi.

3. Takde main female character. Sebab cerita pasal prison break. So mcm takde tarikan / penyeri untuk orang nak pergi tengok.

4. Genre dia pun genre yang orang rasa kurang menarik berbanding comedy, slice of life, thriller etc…

Tapi macam mana boleh jadi salah satu best movie of all times pulak?

1. Lepas habis keluar wayang dan keluar video, ramai orang start sewa sampai dia jadi video no 1 yang di sewa pada tahun 1995.

2. Dia dapat 7 nomination utk Academy Awards (walaupun tak menang)

3. TNT dapat broadcast rights dan dia selalu mainkan cerita ni dekat pelanggan diaorang. Kalau ko taktau cerita pasal apa pun, sebab benda tu ada, ko tengok. Tapi once ko tengok, ko akan hook nak tengok sampai habis punya.

4. Word of mouth. Orang yang tengok start bercakap pasal cerita ni dekat orang yang dia kenal, menyebabkan lagi ramai nak tengok (kira konsep viral zaman dulu). Review dari kebanyakan critics pun cakap best.

Walaupun pada mulanya rugi USD 9 juta, kalau ikut data tunjukkan yang dah balik modal, dan untung lebih USD 100 juta.

Kenapa benda ni menarik untuk aku. Aku dulu ingat yang Shawshank Redemption ni memang dari awal banyak peminat. Sure box office punya hit lah. Tengok2 realiti dia berlainan.

Adakah kualiti / jalan cerita masa tunjuk dekat wayang dan dekat TV / Video berlainan? Tak. Benda yang sama saja. Maksudnya dari awal cerita tu dah berkualiti tinggi, tapi mesej dia tak sampai kepada orang ramai sebab tu results dia awal2 agak sendu.

Analogi dia sama juga dengan apa2 yang kita buat. Macam aku dengan financial planning. Tahun depan cukup 10 tahun aku praktis. Kalau ingat waktu start dulu, memang susah nak make sure orang faham apa itu financial planning, dan ramai orang tak nampak apa kepentingan untuk diaorang nak engage dengan financial planner.

Sekarang ni dah lain bagi aku.

Scammers nak guna nama / gambar financial planner untuk convince orang diaorang ni legit.

Ejen unit trust / takaful / finfluencers sibuk nak guna title financial planner atau cakap diaorang pun buat financial planning untuk bagi confidence kepada prospek / klien.

Financial planning dari dulu secara keseluruhannya masih sama fokus dia, tapi acceptance by orang ramai dah ada.

Makin senang nak jumpa prospek yang mencari financial planning services.

Ni bagi aku semangat yang langkah aku ambik dulu untuk menceburkan diri dalam bidang ni adalah langkah yang betul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *