Ye ke?
Kenapa kena ada RM 1 juta masa umur 40 tahun? Kalau ikut Knight Frank Wealth Report 2025, dekat Malaysia ada 85,126 HNWI (orang yang ada aset lebih dari USD 1 juta) pada tahun 2022.
Pada tahun 2027, nombor HNWI dekat Malaysia dianggarkan akan naik sekali ganda jadi 164,839. Kalau kita capai ni pun cuma 0.47% dari keseluruhan rakyat Malaysia.
Nak jadi T1 dekat Malaysia, dari segi aset, kena ada net aset dalam RM 2.1 juta sahaja. T1 ni maksudnya 1% dari semua rakyat Malaysia. Maksudnya cuma 343,300 orang sahaja satu Malaysia yang secara statistiknya ada lebih dari RM 2.1 juta.
Penulis cakap kena ada RM 1 juta umur 40 tahun, kalau tak miskin sampai ke tua. Kalau aku doublekan nombor lah, sebab RM 2 juta ni sekali ganda dari RM 1 juta. Maksudnya kita boleh assume, yang ada dalam 700,000 orang satu Malaysia yang ada net aset dalam 1 juta atau dalam 2% dari keseluruhan rakyat Malaysia.
Majoriti orang dekat Malaysia jauh lagi nak capai net aset RM 1 juta kalau ikut analisa ni. Maksudnya, ramai rakyat Malaysia nanti akan miskin sampai ke tua?
Kita cuba faham kenapa kena ada RM 1 juta dulu bila umur 40 tahun, dan macam mana orang tu boleh capai.
Kalau kita ambil orang yang makan gaji, gaji mula dia kena dalam RM 8,750 sebulan waktu umur dia 25 tahun, dan dia kerja syarikat yang bagi dia 13% EPF Majikan campur dia simpan 10% dari gaji dia dengan kenaikan gaji 3% setahun untuk dia boleh capai duit simpanan sejumlan RM 1 juta bila umur dia cecah 40 tahun.
Kalau gaji minimum start RM 1,700 dah semua benda lain sama macam senario dekat atas, individu tu hanya boleh ada dalam RM 194k dengan pulangan 5.5% setahun.
Berapa ramai yang start gaji RM 1,700 berbanding RM 8,750 setahun?
Kalau ikut pengiraan, memang susah orang yang gaji rendah nak capai RM 1 juta bila umur 40 tahun. Tapi, kalau orang gaji RM 1,700 sebulan tu kerja sampai umur 60 tahun, dan tak kacau duit EPF dia langsung, bila umur 60 tahun boleh capai RM 766k. Kalau lah dia dapat simpan 5% sebulan dari gaji dia dari mula dia kerja, insyaallah umur 60 tahun dia boleh cecah RM 1 juta.
Persoalan, adakah kalau dia capai RM 1 juta umur 60 dan bukan masa 40 tahun, dia ni masih di kira miskin sampai ke tua?
Kita kena faham, hidup kita semua berbeza. Untuk orang gaji besar, memang dia mampu simpan lagi banyak dan sebab taraf hidup dia lagi tinggi, dia perlukan simpanan persaraan yang lagi tinggi. Kalau perlu dalam RM 10,000 dengan kadar inflasi 4% setahun, selama 25 tahun, individu ni akan perlukan nak dekat RM 2.4 juta.
Tapi untuk orang yang gaji tak tinggi, simpanan dia akan lagi sedikit, tapi taraf hidup dia tak tinggi, jadi keperluan untuk simpanan persaraan ni akan berkadar terus dengan taraf hidup dia. Kalau dia perlukan RM 2,500 sebulan, dia hanya perlukan dalam RM 600k sahaja untuk jangkamasa yang sama.
Sudah2 lah nak set standard yang sama untuk semua orang. Kita semua orang2 yang berbeza. Keperluan dan kemahuan kita semua berbeza.
Kenalpasti apa yang kita perlu capai dan lepas tu rancang apa yang kita perlu buat. Takyah ambil pedulik apa orang lain cakap.”
P/S: Kena report pasal guna gambar screenshot sebab isu copyright…. sebab tu kena repost balik… so kita gunalah gambar dari ChatGPT
