rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Kenapa tahu tiap2 banjir tapi masih stay tempat yang sama?

Ni lah, bila cakap takde empati punya filter. Sebab dia sendiri tak lalui benda tu, so dia rasa dari segi akal fikiran dia, benda tu logik.

Pernah sekali rasanya masa tu cuti sekolah kot, balik Kluang. Rumah tok dia style rumah kampung lama, jadi ada dua level, level ground dengan level yang atas sikit. Masa hujan lebat, level bawah tu banjir (tapi level bawah tu xde apa2 sangat in terms of furniture etc sebab memang pernah banjir sblm ni.

So kenapa orang kalau dah tahu area dia banjir tiap2 tahun tak pindah?

Satu, dari segi ownership aset. Kalau rumah tu rumah yang dia beli dan tak kisah lah dah habis bayar pembiayaan atau belum, ko rasa senang ke nak jual rumah tu? Ada ke orang nak beli sebab tahu area tu area banjir prone? Kalau orang nak beli pun, confirm harga akan kena tekan kaw2. Tu tak kira lagi kena pindah, kena beli rumah baru atau sewa rumah. Kalau jual bawah baki pembiayaan, kena top up.

Persoalan dia, ko nak bayarkan ke?

Kalau guna logik tu, semua orang Jepun takyah duduk Tokyo ke Osaka ke sebab Jepun ada gempa bumi, sebab bencana tu boleh jadi setiap tahun juga kan?

Kedua, mungkin impak dari segi pendapatan. Tempat dia bekerja dan cari nafkah dekat2 situ. Tak semua orang kerja pejabat. Ada yang berniaga, ada yang jadi pengasuh anak2 jiran. Boleh nak tukar, tapi tak mudah. Kalau dalam masa bertukar tu, pendapatan diaorang terjejas, siapa yang nak tanggung? Ko?

Ketiga, komuniti / keluarga. Mungkin tempat tu dah memang ada sentimental value untuk diaorang. Sebab dah lama duduk situ. Semua orang pun dah kenal satu sama lain, ye lah kan, sebab alami bencana selalu kan. Nak pindah ke tempat lain dan tinggalkan komuniti yang kita dah selesa tak senang.

Untuk aku, soalan yang patut ditanyakan, apa yang kerajaan dah buat untuk pastikan banjir tu tak berulang? Dah tahu tiap2 banjir kan, kenapa tak kenalpasti root cause dia dan kenapa tak ambil tindakan untuk pastikan benda ni tak berulang lagi?

Itu sepatutnya soalan yang kita tanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *