rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Kenapa semua orang lately flex travel luar negara?

Ada banyak perspektif dekat sini. Kita kupas satu demi satu.

Yang pertama, memang dah impian orang yang share tu nak pergi bercuti luar negara. Dia dah dapat capai impian yang dia lama nak. Sebab dia gembira, dia nak share pengalaman dia dekat media sosial supaya nanti dia ada reminder / rekod of pencapaian dia ni. Ada jer klien yang bila sembang, tak pernah bawak famili dia pergi travel luar negara dari start kerja / kahwin. Aku dulu pun, lepas 3 tahun kerja baru dapat pergi bercuti luar negara, perasaan seronok tu lain macam.

Kedua, RM makin mengukuh berbanding banyak matawang asing, menyebabkan kos untuk bercuti luar negara jadi lebih murah dan mesra poket. Gabung dengan poin no 1, memang menyebabkan lagi ramai orang Malaysia pergi travel luar negara akhir-akhir ni. Kalau pandai buat research, kadang2 pergi luar negara lagi murah dari travel dalam negara.

Ketiga, nak bercuti dekat Malaysia makin mahal lagi2 bila peak time macam cuti sekolah, long weekend dan sebagainya sebab semua orang bercuti pada waktu yang sama. Kalau travel ke destinasi naik kereta, kena harung jem lagi. Percayalah, ada long weekend hari tu tiba2 buat keputusan nak gi Penang. Bawak kereta dari KL, 7 jam. Naik kapal terbang dari KLIA ke Tokyo pun kurang masa dari tu. Lepas tu dapat pergi travel tengok negara orang.

Keempat, dh dia punya duit, dia punya media sosial. Ikut suka lah dia nak share apa. Yang ko triggered apasal. Tak suka, unfollow / unfriend. Kenapa takleh nak happy untuk kawan sendiri yang dapat pergi jalan2 luar negara? Ke sebab ko sendiri yang nak pergi tapi tak dapat pergi sebab tak mampu? Jadi ko sakit hati tengok orang lain dapat buat?

Kesimpulannya, aku pun tak suka ramai orang pergi jalan2 luar negara selalu sebab nanti tiket semua jadi lagi mahal. So kurangkan lah travel luar negara ya… hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *