Hari Pertama.
Anda baru sahaja mula bekerja dengan seorang perancang kewangan. Anda buat keputusan untuk open yourself, berkongsi semua data kewangan anda dengan seseorang yang anda baru kenal. Seorang asing yang anda pilih untuk percaya, demi masa depan kewangan yang lebih baik. Rasa ragu-ragu masih ada. Anda tertanya-tanya, adakah ini keputusan yang betul?
Selepas 1 Minggu.
Sesi fact finding telah selesai. Perancang kewangan anda telah mengenal pasti isu utama dan memberi anda sedikit kejelasan. Buat pertama kali, anda nampak sedikit cahaya di hujung terowong. Masih ada keraguan, tetapi anda mula rasa sedikit yakin bahawa langkah ini mungkin betul.
Selepas 1 Bulan.
Sesi pembentangan pelan kewangan telah selesai. Anda kini memahami kesilapan yang telah dilakukan, dan bagaimana keadaan boleh diurus dengan lebih baik. Anda tahu di mana kedudukan kewangan anda sekarang, bahagian mana yang kritikal untuk diberi perhatian.
Cahaya yang kecil tadi kini semakin terang. Gabungan fakta, analisis dan empati yang ditunjukkan oleh perancang kewangan anda mula menghapuskan rasa skeptikal yang anda bawa dari awal.
Selepas 6 Bulan.
Emosi anda bercelaru, sekejap naik, sekejap turun sebab berdepan dengan cabaran untuk mengubah tabiat lama, dan mengakui kesilapan yang dibina selama bertahun-tahun.
Setiap sesi dengan perancang kewangan terasa seperti pertempuran antara diri anda yang dulu dan diri anda yang sedang berubah.
Namun hasilnya mula kelihatan. Aliran tunai semakin baik, hutang semakin berkurang, simpanan pula mula meningkat sedikit demi sedikit. Semangat anda untuk terus memperbaiki diri semakin kuat.
Selepas 1 Tahun.
Anda baru sahaja melalui annual review pertama.
Kali ini, anda nampak perubahan yang nyata, bukan sahaja pada angka, tetapi pada diri anda sendiri.
Anda tidak percaya sejauh mana anda telah pergi.
Rasa ragu-ragu kini hilang sepenuhnya.
Anda lihat perancang kewangan anda bukan sekadar penasihat, tetapi rakan seperjalanan yang berjalan seiring dengan anda menuju matlamat.
Anda kini lebih yakin, dalam kewangan, kerjaya dan kehidupan peribadi.
Selepas 5 Tahun.
Anda hampir tidak mengenali diri anda yang dulu.
Orang sekeliling mula perasan perubahan ketara pada anda. Apabila mereka bertanya, anda berkongsi kisah perjalanan anda dengan bangga, kerana anda mahu mereka juga merasai perubahan yang sama.
Kini anda tidak lagi perlu mengira setiap sen. Nilai bersih anda meningkat dari tahun ke tahun, dan anda sedang mara menuju matlamat utama iaitu kebebasan kewangan.
Dalam hati kecil anda, terlintas satu perkara:
“Kalaulah aku jumpa perancang kewangan ni lebih awal…”
Selepas 10 Tahun.
Anda telah mencapai matlamat utama — kebebasan kewangan. Anda kini yakin, tenang dan stabil.
Kerja bukan lagi beban, tetapi pilihan. Anda boleh berhenti bila-bila masa, tetapi anda terus bekerja kerana anda mahu, bukan kerana anda perlu.
Perancang kewangan anda kini bukan sekadar penasihat, tetapi sebahagian daripada hidup anda tetapi seorang sahabat yang anda tahu akan sentiasa ada.
Setiap kali timbul persoalan tentang kewangan, naluri pertama anda tetap sama:
“Saya akan tanya perancang kewangan saya.”
Akhir kata, boleh ke semua orang rasa benda yang sama? Mungkin tak 100% sama, tapi kalau tanya kebanyakan klien, diaorang akan sebut pengalaman yang lebih kurang sama yang diaorang lalui lepas engage dengan saya.
Kalau nak cuba, boleh jer DM saya.
