rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Nota Refleksi Seorang Financial Planner: Kekuatan Sebenar Ada Pada Perancangan, Bukan Kekalutan

Sebagai seorang Perancang Kewangan, saya sering berhadapan dengan cerita yang memerlukan tindakan pantas. Bulan ini, saya baru sahaja menamatkan fasa awal pengurusan harta pusaka untuk seorang klien wanita yang kehilangan suaminya (semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman).

Klien ini perlu saya temui lebih kerap daripada biasa kerana wujud urgency. Sebelum ini, arwah suaminya yang menguruskan A-Z kewangan keluarga. Apabila “pengurus” itu tiada, beban tiba-tiba jatuh ke bahu isteri yang acknowledge bahawa beliau “malas nak fikir” tentang hal kewangan sebelum ini.

Alhamdulillah, hari ini saya tarik nafas lega. Kisah mereka adalah bukti bahawa: Perancangan yang teliti jauh lebih kuat daripada ketakutan waris.

Tiga (3) Kekuatan Utama Perancangan Arwah Suami:

1. Wasiat dan Persetujuan Waris:

– Sesi bacaan wasiat berjalan lancar. Semua waris yang hadir (waris Faraid) bersetuju untuk mengikut pesan arwah.

– Peringatan Penting: Kita selalu dengar kisah gaduh harta pusaka sampai putus saudara. Sebenarnya, ramai waris yang OK dan bersedia bertolak ansur jika si mati telah merancang dan menyusun estate dengan baik (melalui Wasiat, Hibah, Amanah dll.). Cuma, kisah “tak bergaduh” ni tak sensasi, jadi tak pernah viral.

2. Hutang Boleh “Padam Sendiri”:

– Arwah telah merancang jauh. Kebanyakan hutang besar yang beliau tinggalkan (pinjaman rumah/kereta/peribadi) dilindungi dengan polisi perlindungan hutang (Takaful/Insurans) yang mencukupi.

– Ini bermakna, aset keluarga TIDAK perlu dijual untuk bayar hutang. Pampasan takaful/insurans akan menyelesaikan hutang, dan aset tersebut selamat untuk diwarisi. Ini adalah masterpiece dalam financial planning.

3. Ketenangan Fikiran (The Real Value):

– Dalam pertemuan terbaru, klien saya berkongsi satu perkara yang paling menyentuh hati. Seorang rakan sekerja bertanya padanya, “Serabut tak nak uruskan kewangan seorang diri lepas arwah takde?”

– Jawapan klien: “Tak, sebab saya dah ada financial planner yang arwah dah appoint untuk tolong uruskan.”

– Malah, klien sudah maklumkan yang beliau mahu continue perkhidmatan saya kerana beliau tak perlu pening kepala uruskan kewangan seorang diri.

Refleksi Untuk Anda (Ambil Kisah Ini Sebagai Panduan):

Kisah ini mengajar kita bahawa financial planning bukan hanya tentang beli polisi atau buat pelaburan. Ia adalah tentang memberi ketenangan kepada orang yang kita sayang apabila kita sudah tiada.

– Jangan jadi “Pengurus Kewangan Senyap”. Isteri/suami anda perlu tahu di mana dokumen disimpan, bank mana yang anda berurusan, dan siapa financial planner/ejen anda.

– Wujudkan Succession Plan. Siapa yang akan uruskan jika anda tiada? Siapa yang boleh dihubungi? Pastikan hutang anda dilindungi.

– Lantik Seorang Pakar. Sama ada anda merancang dengan financial planner atau tidak, pastikan pasangan anda mempunyai akses kepada seorang profesional untuk membimbing mereka di saat genting.

Perancangan yang baik bukan untuk mengelakkan kematian, tetapi untuk mengelakkan kekalutan selepas kematian.

Semoga perkongsian ini memberi kesedaran dan dorongan untuk anda mulakan atau kemaskini perancangan kewangan peribadi dan keluarga anda hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *