Aku check apps Setel hari ni (aku memang isi minyak dekat Petronas saja — support 100% ekonomi negara, dan Setel ni senang sebab tak payah kad, points semua auto. Memang terbaiklah team Setel ni).
Sekarang semua tengah sibuk pasal isu subsidi petrol. Ada yang confuse pasal liter dengan km… kalau aku pun confuse, boleh tarik balik degree MIT aku tu. 😂
Aku tak plan nak check atau register untuk subsidi tu. Memang tak layak pun, dan dari dulu aku rasa subsidi sepatutnya targeted kepada golongan yang betul-betul perlu.
Tapi aku curious juga nak tahu usage sendiri. Rupa-rupanya purata aku sebulan lebih kurang 250L. Masih bawah level 300L… tapi kerja aku memang banyak memandu ke sana-sini jumpa klien.
Kalau ambil subsidi, jimatnya lebih kurang RM 15 sebulan.
Kalau harga minyak naik penuh tanpa subsidi, aku akan belanja lebih kurang RM 137.50 sebulan.
Bagi aku, impaknya kecil. Tapi bagi golongan yang perlu, beza RM 100–RM 150 tu sangat besar untuk bajet keluarga mereka.
Lagipun, aku tengah plan nak pasang solar dekat rumah, dan lepas tu ada plan tukar kereta kepada EV. Jadi isu subsidi petrol ni makin lama makin tak relevan untuk aku. Malah, lepas semua tu siap, aku jangka akan jimat dalam RM650 sebulan sebab tak perlu bayar petrol lagi — bersamaan RM7,800 setahun.
Ini semua sebahagian daripada konsep perancangan kewangan holistik. Kita tak tengok pada satu bahagian sahaja. Kita tengok gambaran besar — cashflow, aset, liabiliti, cukai, perbelanjaan, simpanan, semua bergerak serentak supaya kewangan kita lebih stabil dalam jangka panjang.
