Hari ni back-to-back jumpa dua pasangan klien.
Satu pasangan dah pernah engage sebelum ni, tapi berhenti sebab pindah kerja luar negara.
Satu lagi pula engagement tahun pertama.
Topik berbeza, tapi ada satu benang merah yang sama.
Dalam dua-dua sesi, isteri yang buka cerita pasal stress dekat tempat kerja.
Seorang siap cerita, dia selalu menangis masa drive balik rumah.
Saya perasan, ramai klien wanita yang saya jumpa ada satu goal yang hampir sama:
Nak retire awal.
Tapi bila kita selidik, kebanyakan bukan sebab diaorang betul-betul nak berhenti kerja sepenuhnya.
Sebenarnya… diaorang nak berhenti daripada kerja yang sekarang.
Ramai yang terjebak dalam career pilihan masa belajar dulu.
Masa tu fikir, “Yang penting kerja stabil, gaji masuk setiap bulan.”
Tapi bila hidup mula ada komitmen, hutang, anak-anak, lama-lama rasa tersekat.
Kerja sebab terpaksa.
Bukan sebab nak.
Dalam sesi tadi, saya kongsi cerita tentang klien-klien lain yang dah capai financial freedom.
Lepas capai, mereka masih kerja…
Tapi kerja yang mereka minat.
Bidang lain, company lain.
Masa tu saya nampak muka klien yang stress tadi… macam ada sesuatu yang terjentik.
Mungkin… yang mereka nak sebenarnya bukan sekadar pencen awal.
Tapi kebebasan untuk pilih kerja yang mereka benar-benar mahu buat.
Dan di situlah peranan perancangan kewangan.
Bukan semata-mata tentang duit…
Tapi tentang memberi pilihan dalam hidup kita.
