rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

✨ Sifat sebenar seseorang akan nampak bila kita dah tak lagi beri manfaat pada dia.

Benda ni saya rasa semua orang akan lalui, tak kira siapa kita.
Saya sendiri dah banyak kali rasa.

Ada orang yang kita pernah tolong, akhirnya cakap macam-macam belakang kita.
Ada orang yang kita pernah support, akhirnya tikam dari belakang (office politics).

Tapi lama-lama saya belajar,
➡️ Apa yang orang buat tu bukan refleksi diri saya.
➡️ Itu cerminan diri dia.
Saya tak perlu nak defend diri.

Dan… adakah pengalaman macam ni akan buat saya berhenti tolong atau guide orang lain?
Tak.
Sebab orang baru tu tak pernah buat apa-apa pada saya.
Kenapa pengalaman buruk dengan orang lama patut buat orang lain suffer? Tak logik kan?

💰 Bab duit contohnya.

Saya pernah pinjamkan duit dekat ramai orang. (Ini bukan iklan untuk datang pinjam duit ya 😂)

  • Ada yang pinjam sebab kena penalti LHDN.
  • Ada yang perlukan modal bisnes.
  • Ada yang tersepit sebab hutang.

Dan bila pinjam, ragam manusia pun macam-macam:
✔️ Ada yang bayar penuh.
✔️ Ada yang bayar sikit-sikit.
✔️ Ada juga yang sampai sekarang tak bayar.

Yang tak bayar tu — saya tak tolong lagi bila dia datang balik.
Tapi orang lain? Saya tetap bantu ikut kemampuan.
Sebab Allah dah murahkan rezeki saya, kenapa saya nak sekat pertolongan pada orang lain pula?
Alhamdulillah, yang bayar lagi ramai dari yang tak bayar.

📌 Pengalaman hidup pun sama.

Dulu masa saya di TNB, saya memang tak happy. Memberontak. Darah muda.
Tapi bila saya fikir balik, semua tu ada sebab.

Allah nak pertemukan saya dengan boss di TNB Research.
Dia layan saya sebagai manusia, bukan sekadar subordinate.
Boleh berbincang dua hala, siap carpool pergi balik kerja, makan pun selalu sama-sama.
Walaupun dia tahu saya tak happy, dia tak marah atau isolate saya.
Dia manage saya — fokus pada masa depan, bantu develop skills yang sampai sekarang saya masih guna.

Sama juga macam klien saya 6–7 tahun lepas yang kena VSS.
Masa tu dia marah, stress, kewangan makin teruk.
Tapi isteri dia ternampak posting di FB, reach out, dan akhirnya engage saya.
Hari ini, alhamdulillah — financially super stable.
Kalau masa tu dia tak lalui VSS, mungkin sampai sekarang dia tak akan ambil tindakan.

Kerja saya sebagai seorang perancang kewangan, tiap-tiap hari jumpa orang yang tersalah langkah dalam menguruskan kewangan masing-masing. Memang lah sakit hati / sakit poket bila kita salah uruskan kewangan kita sebab akibatnya bukan sahaja untuk diri kita tapi orang-orang yang bergantung harap kepada kita.

Tapi, disebabkan diaorang pernah melakukan kesalahan dalam menguruskan kewangan masing-masing lah yang menyebabkan diaorang reach out to me, dan disebabkan itu, kita berjumpa dan dapat bekerjasama untuk membantu mereka semua mencapai kebebasan kewangan pada akhirnya.

🌿 Jadi pengajaran dia begini:

Kadang-kadang bila sesuatu yang kita tak suka berlaku, kita rasa macam tak adil.
Tapi Allah adalah perancang terbaik.
Mungkin kita tak nampak sekarang, tapi ada hikmah besar di sebaliknya.
Kalau bukan untuk dunia, mungkin untuk akhirat.

Ini bukan bermaksud kita tak perlu rancang dan usaha.
Kita tetap kena rancang, kena usaha.
Cuma bila perkara tak jadi ikut plan, jangan cepat berputus asa.
Tenangkan diri, refleksi, dan percaya mungkin ada jalan lain yang lebih baik yang Allah dah aturkan untuk kita.

Kesimpulannya

👉 Itu falsafah hidup saya.
Bukan nak suruh orang lain ikut pun.
Sekadar berkongsi refleksi.
Sebab bagi saya — setiap pertemuan, setiap pengalaman, baik atau buruk, semuanya dah ditakdirkan.
Yang penting kita ambil pengajaran, teruskan jalan, dan jangan biarkan kesilapan orang lama menghukum orang baru yang tak bersalah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *