Ada seorang klien (bisnes owner) tanya saya:
“Patut tak saya letak option kad kredit atau Buy Now Pay Later (BNPL) untuk customer? Rasa-rasa revenue akan naik kalau ada.”
Saya jawab, kat sinilah saya ada sedikit conflict.
👉 Dari perspektif bisnes owner – memang masuk akal untuk sediakan kemudahan bayaran secara kredit. Statistik jelas tunjuk:
- BNPL boleh meningkatkan perbelanjaan pelanggan sebanyak 6–30%, malah nilai purata pesanan lebih tinggi 20–30% berbanding bayaran tunai atau kad biasa (Sumber: Journal of Retailing 2024, World Metrics).
- Ada kajian juga dapati pelanggan belanja 2x ganda lebih banyak bila ada pilihan cicilan kad kredit berbanding BNPL tradisional (Sumber: Splitit & PYMNTS, 2024).
- Di Malaysia pula, 45% pengguna dah pernah cuba BNPL, dan penggunaannya meningkat 35% setahun – kebanyakannya Gen Z & Millennials (Sumber: RSIS International, 2024).
👉 Tapi dari perspektif financial planner – saya cuba elakkan galakkan orang berhutang untuk benda yang mereka tak mampu bayar tunai. Realitinya,
- 41% pengguna BNPL buat bayaran lewat (Sumber: LendingTree Report, 2025).
- Ramai pelanggan muda guna BNPL sebab senang, tapi kemudian mula rasa anxiety bila dekat due date dan rasa bersalah lepas buat pembelian impulsif (Sumber: RSIS International, 2024).
- Di US, 1 daripada 4 orang yang guna BNPL ada isu kewangan serius seperti overdraft atau hutang kad kredit menimbun (Sumber: FINRA/Investopedia, 2025).
So di sini datang dilema:
✔️ Sebagai bisnes owner, memang patut fikir cara untuk increase sales dengan payment option yang flexible.
❌ Tapi sebagai pengguna, jangan sampai option itu jadi jerat hutang yang akhirnya merosakkan kewangan sendiri.
👉 Kesimpulan peribadi saya:
Bagus untuk bisnes tawarkan pilihan bayaran termasuk kad kredit dan BNPL. Tapi sebagai pengguna, kita kena ada self awareness — kalau dah tahu diri jenis susah kawal, lebih baik stick pada tunai/FPX.
👉 Kesimpulan untuk Wealth Vantage:
Walaupun ada prospek dan klien bertanyakan kenapa kami tak sediakan BNPL, keputusan kami jelas — kami tidak akan implement BNPL.
Sebabnya mudah: bila ditimbang antara pro dan kontra, kami nampak lebih banyak mudarat kewangan kepada pengguna berbanding manfaat jangka pendek. Kami percaya lebih baik bantu klien urus kewangan dengan lebih baik, daripada memudahkan mereka menambah hutang.
Bisnes boleh untung lebih bila sediakan BNPL, tapi misi kami bukan sekadar jana sales — misi kami adalah untuk bantu masyarakat capai kestabilan kewangan jangka panjang.
