Baru-baru ni ada satu posting viral, kisah seorang business owner yang terpaksa berhentikan staff dia.
Kenapa?
→ Staff tu tak jawab call lebih 15 kali
→ Laptop syarikat dia bagi suami guna
Sebenarnya benda ni bukan kes terpencil.
Masa MCO dulu, kita pun tak ada pilihan – semua kena kerja dari rumah. Pada awalnya nampak ok.
Tapi bila dah lama, mula nampak isu sama juga dekat WVA:
- Call tak berjawab
- Email & WhatsApp lambat reply
- Deadline kerja tak siap
Bila check-check balik, ada staff rupanya dah mula buat kerja lain masa waktu kerja.
Last-last kita terus duduk berbincang dengan dia, dan akhirnya dia sendiri ambil keputusan untuk berhenti.
Ada satu lagi kisah yang saya dengar dari seorang client business owner.
Dia siap sediakan phone syarikat untuk staff, ada WhatsApp Business, siap install location tracker.
Tapi staff tu pandai — dia buat call forwarding ke phone personal dia.
Masalahnya, WhatsApp tak boleh forward.
So bila client hantar mesej, berderet tak jawab. Bila check tracker, nampak dia dekat rumah.
Rupa-rupanya staff tu keluar jalan-jalan seharian, phone company tinggal kat rumah supaya tak kantoi.
Esoknya bos dia confront, jawapan dia senang je: “Kenapa tak call? Kalau call saya jawab lah.”
Tak lama lepas tu, dia sendiri bagi surat resign.
Ramai orang bila diberi kelonggaran, mula ambil kesempatan.
Macam dulu masa restoran fast food ada unlimited refill — konsepnya nak bagi pelanggan minum puas-puas masa tu juga.
Tapi ada orang siap bawak balik bekas minuman, supaya esok lusa datang boleh refill percuma tanpa bayar.
Sama juga bila kerja dari rumah.
Majikan bagi kelonggaran supaya kerja lebih fleksibel.
Tapi ada yang guna masa tu untuk buat benda lain — sampai kerja sendiri pun tak siap.
Akhirnya, bila terlalu ramai ambil kesempatan, majikan pun tarik balik kelonggaran tu.
Tapi kalau kita fikir balik, masalah sebenarnya bukan pada work from home, tapi pada disiplin.
Ramai orang bila diberi kebebasan, gagal kawal diri.
Kerja dari rumah jadi alasan:
- Nak basuh baju sekejap
- Nak masak dulu
- Nak kemas rumah
- Nak tengok Netflix kejap (yang jadi 3 jam)
Habis waktu kerja, kerja tak siap.
Sebagai financial planner, saya sendiri ada kebebasan nak kerja kat mana, bila-bila masa.
Tapi saya belajar satu benda penting:
👉 Kalau tak ada disiplin & structure, hasil takkan ada.
Contoh simple, setiap hari Isnin pagi saya spend 30 minit – 1 jam je:
- Go through kerja-kerja minggu ni
- Set appointment dengan assistant
- Hantar email & mesej yang perlu keluar hari tu
Lepas tu, tinggal follow up & jumpa client.
Cuma 1 jam seminggu je untuk strukturkan kerja, tapi hasilnya jelas.
Bila orang bagi kita kebebasan, hargailah.
Kalau ambil kesempatan, bukan saja rezeki jadi tak berkat, malah kita sendiri yang rugi.
Bagi yang kerja sendiri pula, tak ada siapa yang kita kena jawab amanah, melainkan pada diri sendiri.
Tapi jangan hairan kalau lepas setahun dua, bila tengok result tak ada, kita salahkan produk, salahkan company, salahkan macam-macam benda lain.
Padahal bila tengok cermin, jawapan sebenar ada dekat situ.
Kesimpulan:
Disiplin lebih penting daripada kebebasan.
Sebab tanpa disiplin, kebebasan hanya jadi ruang untuk kita jatuh.
