rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Masa itu Duit?

Setiap orang ada nilai masa sendiri — cuma sedar atau tak sedar saja.

Cara paling mudah nak kira:
Ambil gaji sebulan, bahagi dengan jumlah jam kerja (campur masa pergi balik).
Kalau gaji RM5,000 dan kerja 200 jam → nilai masa = RM25/jam.

Kalau pendapatan tahunan RM300,000:
RM300,000 ÷ 12 bulan = RM25,000/bulan
RM25,000 ÷ 200 jam/bulan = RM125/jam

Lagi tinggi nilai sejam anda, lagi besar kesan bila anda buat keputusan untuk “beli masa” orang lain.

Pendapatan yang kita dapat sebenarnya adalah bayaran untuk masa yang kita guna. Jadi objektif kita: gunakan masa seoptimum mungkin untuk hasilkan pendapatan yang maksimum.

1. Naikkan pendapatan & kemahiran

  • Cari kerja gaji lebih tinggi atau bina passive income (duit bekerja untuk anda).
  • Upgrade skills & qualifications – Lagi tinggi kompetensi, lagi tinggi nilai anda pada syarikat (atau syarikat lain).
    Saya pernah bagi nasihat ni kepada beberapa klien saya, dan memang gaji mereka naik banyak selepas mereka upgrade skillset masing-masing.

2. Beli masa orang lain

  • Bayar orang lain buat kerja yang akan jimatkan masa anda, contohnya guna Grab, bayar rider, ambil transporter, atau upah pekerja.

Dulu saya pernah tulis pasal dilema sama ada nak ambil driver atau full-time assistant. Saya habiskan hampir 3 jam sehari memandu ke sana sini. Bila buat cost-benefit analysis, memang kena pilih salah satu.

Akhirnya saya pilih full-time assistant — sebab dia boleh bantu saya buat lebih banyak perkara, termasuk urusan semasa saya sibuk dengan meeting, training, dan lain-lain yang bukan berkaitan klien secara langsung.

Contoh lain: Dulu masa saya manage HR team, walaupun saya tahu apa yang nak kena buat, bila kira kos masa, lagi berbaloi hire staff full-time untuk buat kerja tu berbanding saya buat sendiri.
Tapi kalau bagi nasihat HR kepada klien, itu lain — sebab klien membayar kos masa yang saya keluarkan untuk kepakaran tersebut.

Sama juga bila upah profesional seperti doktor, peguam, akauntan, atau perancang kewangan berlesen — kita sebenarnya beli masa dan kepakaran mereka.

3. Bangunkan sistem supaya pendapatan tak berhenti bila anda sibuk

Untuk bisnes owner:
Fokus pada People, Process, Technology. Bila team mantap, proses jelas, dan teknologi membantu, bisnes boleh jalan walaupun anda tak ada.

Fungsi utama bisnes owner adalah untuk kembangkan bisnes, bukan jadi “Chief Everything Officer”. Lagi lambat anda buat keputusan untuk kurangkan kebergantungan syarikat kepada anda, lagi lambat (atau susah) bisnes anda nak membangun.

Untuk makan gaji:
Share knowledge dengan team dan bantu mereka jadi lebih bagus sampai kerja tak bergantung sepenuhnya pada anda.

Dulu waktu saya kerja dekat company lama, tahun pertama saya bercuti ke Los Angeles — walaupun beza waktu 12 jam, masih kena jawab mesej dan angkat panggilan dari pejabat sebab team masih baru (masa tu pun syarikat baru setahun ditubuhkan).

Lepas balik bercuti, saya mula fokus untuk selesaikan semua proses dan sistem.
Hasilnya, akhirnya saya dah tak “diperlukan” lagi untuk operasi harian — dan itu yang kita nak capai.

Bila anda sedar nilai masa sendiri:

  • Anda akan lebih berhati-hati memilih aktiviti.
  • Anda takkan buang masa dengan prospek atau projek tak berkualiti.
  • Anda akan guna masa lapang untuk tambah nilai diri, bukan duduk kosong.

Masa itu terhad.
Kalau barang terhad kita sanggup bayar mahal, kenapa masa sendiri kita biarkan terbazir?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *