Saya pernah dapat peluang kerja overseas.
Sebenarnya ini bukan peluang pertama pun.
Habis belajar di MIT dulu, dah ada peluang nak kerja di US. Gaji dalam USD70,000 setahun.
Tapi saya decide untuk balik Malaysia — sebab ada scholarship, jadi ada tanggungjawab untuk bayar balik jasa. Memang masa tu niat nak give back pada TNB, sebab merekalah yang bagi peluang untuk sambung belajar di MIT.
Cuma macam saya pernah kongsi sebelum ni, rezeki jangka panjang saya bukan dengan TNB.
Peluang kedua
Masa umur 27/28 tahun, dapat pula offer kerja dekat Saudi, dalam bidang HR. Kalau kira-kira berdasarkan gaji yang dia offer masa tu, dalam 4–5 kali ganda gaji saya di Malaysia.
Tapi saya tetap tak pergi.
Sebab pertama, saya rasa belum bersedia dari segi knowledge dan competency.
Masa tu baru saja kerja dekat PwC, pengalaman dalam HR pun tak cukup mendalam. Kalau pergi tapi tak mampu deliver, di negara orang pula tu, memang takkan nampak bagus.
Saya pun teruskan kerja di Malaysia.
Peluang ketiga — orang putih kata third time’s the charm.
Masa tu memang dah plan untuk resign dari EY. Lepas beberapa bulan di situ, saya rasa tak align dengan culture dan goals saya. Jadi saya pun dah bagi surat resign.
Tak lama lepas tu, saya dapat call dari kawan:
“Rafiq, ada orang nak cari orang untuk pergi Oman buat project 6 minggu. Kau berminat tak?”
Sebab saya pun belum mula cari kerja baru, saya rasa macam menarik juga. Jadi dia pun pass nombor saya dan CV kepada orang di Oman.
Beberapa hari kemudian, saya dapat call daripada seorang lelaki bernama Peter. Dia kata ada project dengan sebuah syarikat dekat Oman, dan dia nak cari orang yang boleh execute the work.
Job tu 6 minggu, tapi kalau siap awal, tetap dibayar penuh untuk kontrak tu. Masa tu, gaji saya di EY RM7,000 sebulan sebagai manager.
Project Oman tu offer USD7,000 untuk 6 minggu — masa tu tukaran RM3.30 untuk 1 USD. Flight, hotel, dan transportation semua ditanggung. Jadi USD7,000 tu memang bersih sebab Oman tak ada personal tax.
Kenapa saya terima walaupun cuma 6 minggu?
Satu, saya memang nak rasa pengalaman kerja overseas. Nak tengok sama ada skill yang saya bina di Malaysia ni boleh replicate di tempat lain atau tidak.
Kedua, masa tu saya memang tak ada kerja pun sebab dah resign dari EY dan belum mula cari kerja. Malah semasa buat project tu pun, saya boleh saja apply kerja — masa tu ada headhunter yang reach out, Khazanah pun ada offer kalau saya berminat. Jadi saya tak risau sangat apa akan jadi selepas 6 minggu tu.
Ketiga, dari segi kewangan, saya tak ada major concern walaupun masa tu banyak duit habis sebelum pergi Oman. Sebab masa tu arwah Babah masuk hospital dan tak ada takaful, jadi kami adik-beradik yang kena keluarkan duit untuk bayar medical fees.
Adik perempuan saya plan nak ambil personal loan, tapi tak lepas sebab baru beli rumah. Jadi saya guna duit simpanan (yang asalnya untuk bayar scholarship bond TNB) untuk settlekan bil hospital tu — tapi emergency savings tak terusik.
Dan ya, saya memang suka buat kerja “gila” macam ni sebab saya percaya rezeki dah tertulis. Bahagian kita cuma usaha dan yakin saja.
Bermulalah kerja di Oman
Bahagian paling tak best? Masa nak apply permit di Malaysia. Dokumen kena certify, pergi ke sana ke sini, kena tolak banyak kali, memang makan masa. Tapi akhirnya semua settle.
Saya pun berangkat ke Oman, jalankan project tu, dan siap dalam 5 minggu.
Bayaran 50% dibuat bila saya sampai Oman, baki 50% dibayar lepas project habis.
Tapi ada satu benda yang betul-betul saya rasa “pedih”:
Masa sign agreement, tukaran RM3.30 untuk 1 USD.
Tapi masa project tengah berjalan, exchange rate jatuh ke RM3.00.
Maknanya, saya hilang lebih kurang 10% daripada nilai bayaran tu bila bawa balik ke Malaysia, sebab memang duit tu saya nak guna untuk belanja di sini.
Masa tu memang rasa rugi gila. Itulah risiko bila income dalam currency asing tapi perbelanjaan dalam ringgit.
Apa yang saya tak jangka langsung…
Tengah-tengah project, Peter datang approach saya:
“Client happy dengan outcome of work. Nak sambung contract setahun lagi?”
Nilai project tu RM1 juta.
Gaji yang dia offer — OMR2,000 sebulan (lebih kurang RM20,000 masa tu). Bezanya, accommodation dan transportation kali ni kena tanggung sendiri. Lepas kerja di sana 5 minggu, saya dah boleh estimate kosnya — lebih kurang RM4,000 sebulan untuk kedua-dua tu.
Cuma bila bincang dengan wife, dia cakap ok jer untuk saya teruskan kerja dekat situ, tapi dia cakap dia dengan anak akan stay dekat Malaysia. Kitaorang buat keputusan yang saya akan balik sebulan sekali untuk 4-5 hari, dan sebab tu saya nego dengan Peter untuk bayar saya flight allowance (company bagi saya 2 full return tickets for 1 tahun), dan saya yang akan settlekan travel planning saya sendiri.
Sebab tu saya selalu cakap dengan klien, kita cuma fokus pada benda yang kita boleh control.
Saya tak tahu pun dari awal akan dapat offer sambung setahun tu — tak pernah dibincangkan pun sebelum tu. Malah saya sendiri terkejut bila dapat offer tu.
Tapi kalau dah rezeki kita, insyaAllah, kita akan dapat.
