Ada beberapa kali bila saya kongsi pasal perancangan kewangan, pernah ada orang yang komen:
“Jangan sampai jatuh syirik sebab percaya duit, bukan percaya Allah.”
First of all β tak ada siapa pun kata macam tu.
Kita merancang kewangan bukan sebab kita bertuhankan duit.
Kita merancang kewangan sebab Islam sendiri ajar kita urus harta dengan amanah dan bijak, ikut syariat:
- Elakkan riba, gharar & maisir.
- Belanja sederhana tapi fikir masa depan.
- Pastikan kesejahteraan diri, keluarga & masyarakat.
- Agih harta ikut hukum faraid, elak penindasan.
π Kenapa kita rancang kewangan?
- Supaya kita boleh menunaikan haji.
- Supaya kita mampu bayar zakat untuk membantu orang yang memerlukan.
- Supaya kita boleh wakafkan / infaqkan harta ke jalan Allah.
- Supaya kita boleh hantar anak sambung belajar di universiti supaya mereka berdikari.
- Supaya kita ada simpanan kecemasan dan tak perlu berhutang, sekali gus elakkan riba.
Kita ambil takaful bukan sekadar untuk jaminan keluarga, tapi supaya:
- Kita tak menyusahkan orang lain.
- Kita masih boleh membantu orang memerlukan walaupun kita ditimpa musibah.
- Akad takaful sendiri adalah tabarruβ β sumbangan untuk membantu ahli lain yang memerlukan.
Pernah terbaca hadis, di mana Nabi SAW pernah ditanya oleh seorang lelaki:
“Aku lepaskan unta aku dan aku bertawakkal?”
Baginda menjawab:
“Ikatlah unta itu dan bertawakkallah kepada Allah.”
Merancang kewangan itu ibarat mengikat unta β kita buat usaha yang sepatutnya, kemudian serahkan selebihnya kepada Allah.
Kalau ikut logik sama, takkanlah kita tak kunci pintu rumah sebab percaya Allah akan jaga?
Kita kunci pintu, pasang pagar, malah ada yang pasang CCTV β itu semua usaha.
Lepas tu, barulah kita bertawakal kepada Allah.
Dan ya, walaupun kita rancang semuanya, kalau Allah tak izinkan atau Allah nak uji kita, ada duit 1 trillion pun takkan mampu menghalang apa yang Allah kehendaki.
Tapi itu bukan alasan untuk kita tak berikhtiar. πΏ
P/S: Yes, ni post ranting…. (sekali sekala)
