Dekat kawasan rumah aku sekarang tengah sibuk dengan kerja pipe replacement oleh Air Selangor.
Sejak dulu, setiap 2–3 bulan sekali mesti ada air takde sebab paip pecah. Jadi bagi aku, kerja ni memang patut dah lama buat.
Dalam group WhatsApp kawasan, setiap hari mesti ada orang komplen. Aku join group tu pun bukan nak berdebat — sekadar nak tahu update, sebab terlalu ramai yang “opinionated” bila bagi pandangan.
Baru-baru ni anak-anak aku tanya,
“Pernah ke rumah kita takde air?”
Aku jawab, “Pernah… tapi korang tak perasan, sebab kita ada tangki tambahan. Air boleh tahan sampai seminggu kalau bekalan putus.”
Kalau tak, macam dulu masa MCO, 3 hari je dah habis. Sebab tu aku buat keputusan untuk pasang tangki tambahan — persediaan awal.
Beberapa hari lepas, masa mereka tengah buat kerja depan rumah, tiba-tiba elektrik terputus.
Mula-mula ingat rumah aku je, rupanya banyak rumah lain pun sama.
Bila TNB datang check, rupanya kabel TNB kena terkena masa kerja gali paip, sampai kabel tu putus.
Masa tu aku terfikir… kalau nanti aku dah pasang solar panel + bateri, siang hari blackout pun insyaAllah tak ada masalah.
Air — dah ada tangki tambahan.
Internet rumah — dah standby data mobile.
Elektrik — tengah fikir nak buat ke tak.
Sama macam kewangan.
Ramai suka salahkan orang lain bila masalah kena dekat mereka… tapi tak ambil langkah untuk selesaikan punca masalah tu.
Padahal, kalau kita bersedia lebih awal, kosnya biasanya jauh lebih murah…
Berbanding kos panik bila krisis dah berlaku.
