rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

PENDAPATAN TAK BERKAT – BAHAGIAN 2

Saya ada seorang klien.
Masa dia kerja di bank konvensional, pendapatan memang besar. Tapi pelik… duit asyik bocor. Tak kira berapa gaji masuk, hujung bulan tetap rasa sempit.

Bila duduk sembang, dia sendiri tak boleh jawab ke mana duit tu hilang.

Lepas beberapa tahun, dia ambil keputusan berhijrah, pindah kerja ke bank Islam.
Tak sampai setahun, isu “duit bocor” tu hilang.
Bukan setakat boleh simpan, tapi hati pun rasa jauh lebih tenang.

Itulah beza bila sumber pendapatan kita bersih — keberkatan tu terasa.

Ramai orang sangka, asal kita penat bekerja dan dibayar, itu dah kira halal.
Tapi Islam ajar kita tengok asal-usul pendapatan tu.

💡 Prinsipnya mudah:
Kalau sumber pendapatan datang daripada benda yang diharamkan, walaupun kita kerja bersungguh-sungguh, rezeki tu tetap tak berkat.

Contoh yang jelas:

  • Jual barang yang haram: arak, rokok, judi, pornografi
  • Kerja di syarikat yang majoriti pendapatannya dari sumber haram
  • Jual produk kewangan tak patuh syariah seperti insurans konvensional

Hukum bekerja di bank konvensional

Mufti Wilayah Persekutuan (Irsyad al-Fatwa #823) kata:
Haram – kalau terlibat secara langsung dengan riba (contoh: pegawai kredit, teller, akauntan, audit, promosi produk konvensional)
Harus / mubah – kalau kerja tak ada kaitan langsung dengan riba (contoh: keselamatan, tukang cuci)

Kalau tak ada pekerjaan lain, boleh teruskan sementara. Tapi bila ada peluang, hijrahlah ke pekerjaan halal sepenuhnya. Tapi bila share ni, mesti ada golongan yang cakap islamic finance pun dua kali lima jer dengan bank konvensional.

Kalau pendapatan campur halal & haram pula?

Mufti WP (Al-Kafi #1784) jelaskan:

  • Hukumnya makruh sebab tetap ada unsur haram
  • Wajib bersihkan bahagian haram dengan sedekah atau serah ke baitulmal
  • Kalau tak boleh nak kira jumlahnya, ikut pandangan Ibn Taymiyyah – ambil separuh, sedekah separuh

Keberkatan rezeki bukan sekadar cukup makan.
Rezeki halal dan berkat akan beri:
✅ Ketenangan hati
✅ Keluarga terpelihara
✅ Harta tak hilang tanpa sebab

Kalau kita dah terlibat sekarang, tak bermakna kita gagal selamanya.
Ramai orang dah berhijrah, mula-mula nampak pendapatan berkurang, tapi ketenangan tu jauh lebih mahal dari semua angka dalam bank.

Pendapatan halal bukan sekadar tentang hukum.
Ia tentang keberkatan hidup.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *