rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

“Nak nampak berjaya” sampai makan diri?

Baru-baru ni saya terbaca satu kisah — seorang ejen insurans muda yang baru kerja beberapa bulan, dengan pendapatan sekitar RM4,000–RM5,000 sebulan. Tak lama lepas tu, dia beli Mercedes-Benz C200 terpakai RM120,000… sebab leader dia kata kena “nampak meyakinkan” bila jumpa klien.

2 bulan kemudian, leader tu keluar dari syarikat.
Dan bila tiba masa servis — bil datang RM4,398.
Dia tak mampu bayar, dan akhirnya terpaksa pinjam duit dari kawan.

Terus saya teringat satu training yang saya attend masa mula-mula jadi ejen unit trust tahun 2011 dulu.

Trainer tu cakap:

  • Komisen bulan pertama: beli suit biar nampak ‘corporate’
  • Komisen bulan kedua: lelaki beli Rolex 2nd hand, perempuan beli handbag Prada
  • Komisen bulan ketiga: buat downpayment beli kereta Mercedes atau BMW

Lepas tu dia cakap, kalau nak jumpa prospek, cari tempat yang dia boleh nampak kereta kita.

“Biar dia nampak kita bawa kereta mahal, baru dia percaya.”

🤔 Agak-agak korang… aku ikut ke tak?

Saya dah 9 tahun jadi financial planner.

2017–2020 saya pakai Kereta Kelisa yang dah habis bayar.
2020 sampai sekarang, saya pakai Perodua Aruz — bayar bulan-bulan RM400.
Tak ada beban, tak ada tekanan. Tapi kerja tetap jalan.

Saya tak kejar imej.
Saya kejar impak.

Kita kena tahu beza antara nak nampak berjaya dengan benar-benar nak bina kejayaan.

📌 Kalau gaji RM5,000 sebulan, beli kereta RM120,000 bukan pelaburan — itu beban.
📌 Kalau setiap bulan kena minta tolong kawan sebab tak cukup bayar komitmen, itu bukan “motivasi” — itu perangkap.
📌 Dan kalau kita buat sesuatu sebab orang lain suruh, bukan sebab kita yakin — itu resipi menyesal kemudian hari.

Saya percaya:
✔ Kejujuran > Penampilan
✔ Ketenangan > Kemewahan palsu
✔ Kestabilan kewangan > “Wow factor” yang sementara


Nak kerja kuat tu bagus. Tapi jangan sampai terperangkap dengan imej.
Biar orang tak nampak kita berjaya, asalkan kita tenang, bebas, dan buat keputusan ikut nilai kita sendiri.

Kalau korang pernah rasa tekanan untuk nampak “hebat” dalam kerjaya — kongsi lah sikit.
Saya percaya ramai yang pernah lalui jalan yang sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *