Betul ke x perlu medical coverage sampai 1 juta?
Pergi ke social media X (yg dulu namanya twitter), nampak ada satu post dkt situ pasal xde keperluan untuk medical card coverage sampai 1 juta. Boleh jer korang cari sendiri kalau rajin.
Nota kaki: Aku bukan ejen takaful (utk org yg baca tp tak kenal aku – mana la tahu viral nnt kan… Haha)
Balik kepada topik, perlu ke medical card coverage 1 juta ni?
Jawapan skema – bergantung kepada keadaan. (Alah, tk stim betul laa jawapan… Eh mcm korang tak kenal aku mcm mana plak kan?)
Scenario pertama – orang yg mampu
Kalau korg masuk golongan ni, ambiklah. Tak salah pun. Sekarang ni mmg 1 juta nampak byk, tapi medical inflation kalau ikut Global Medical Trend Survery Report tunjuk dekat Malaysia ni dalam 12% setahun lebih kurang. Maksudnya nilai sebenar coverage tu akan kurang by that amount every year atau kos perubatan akan naik based on that amount after a year. Sampai satu masa RM 1 juta pn mungkin x ckp
Mahal ke harga dia? Kalau banding dgn policy 20 tahun dulu, harga lebih kurang sama jer. Baru jer aku review policy klien tahun lepas, cover satu family RM 100,000 seorg, bayar bulan2 RM 2k. Lepas review, policy baru utk family dia cover RM 1 juta lebih, jadi RM 400 sebulan… Ada jer policy RM 1 juta yg berpatutan. Jadi kalau mampu pun buat apa bayar mahal2.
Org yg mampu ni mungkin dia hargai masa dan keselesaan so dia nak gi hospital swasta. Tanak tunggu lama2 dkt hospital kerajaan (kalau emergency, sama jer waktu tunggu dia… Sbb nama pun emergency)
Scenario kedua – orang yg tak mampu
Maksudnya golongan ni ada keperluan2 lain utk dia fokus dulu. Utk kumpulan ni, kalau ada duit lebih, kemungkinan besar dia patut fokus kepada takaful hayat dulu (alah, yg org market sbg hibah takaful tu).
Sebab takaful hayat ni bagi pampasan kalau mati atau lumpuh kekal. Duit dapat tu boleh guna settlekan hutang, tanggung keluarga lepas kita dah tak boleh dan macam2 lagi. Yang ni xde siapa2 nk bg dkt kita. Kerajaan pn x bg bantuan kecuali kes lumpuh kalau kita ada carum dkt socso. Kalau x, nasib lah korang.
Kenapa bukan medical card? Yg ni boleh gi hospital kerajaan. Dah dpt subsidy kan. Guna lah. Tp kena ingat dia bukan 100% free tau. Ada gak treatment yg kena bayar, contohnya ubat yg KKM tak recognize (experimental drugs). So still kena ada duit ataupun some form of hospitalization coverage.
Scenario ketiga – Orang yg mahu tapi x boleh dpt coverage
Sebenarnya ramai jer org dlm group ni. Diaorg nak, and mampu tapi sebab dah ada history, tkde company yg nak cover.
Kalau tanya diaorg, kalau mahal pn, ada loading pn, ramai yg nak. Tapi apakan daya, dah terlambat. So utk x jadi golongan ni, kalau korg mampu, aku masih sarankan utk apply masa korang sihat dan muda. Pakai atau x coverage tu belakang cerita.
Takkan ambik takaful lepas tu nak doa supaya sakit supaya tak rasa rugi bayar bulan2 mahal. Pelik gak logik tu.
Jadi rumusannya, jadi lah mana2 golongan yg korang nak. Nak ambik, ambik. Taknak ambik sudah. Duit korang. Klien aku kebanyakan yg mampu semua ambik. Ada jugak yg mampu xleh nak ambik, minta tolong ikhtiarkan cara utk diaorg leh lepas. At least kalau kena apa2 sakit takyah risau utk kluar duit selepuk sebab xde coverage.
