rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Nak tahu beza Licensed Financial Planner yg focus on advisory versus yang focus jual product, boleh baca tulisan puan .

Nak tahu beza Licensed Financial Planner yg focus on advisory versus yang focus jual product, boleh baca tulisan puan .

Kalau focus on advisory, kita tak kisah product apa in the end asalkan can help the client achieve their goals. Our conversation starts dengan objective and end dengan type of solution. Lepas client agree dgn that approach baru kita suggest apa products yg sesuai.

Nota: Bukan nak cakap yg start dengan product tu buat benda yg tak betul ya, cuma approach kitaorang berbeza.

Reposts

Hujung tahun lepas, klien ni setuju nak engage sebab nak ada orang manage her personal finance supaya dia boleh fokus tambah income bisnes. Kenapa nak income lebih? Sebab dia ada banyak hutang, hutang jahat ada, hutang baik pun ada. Dia sedar komitmen dia bertambah untuk keluarga dan untuk keperluan operasi bisnes. Dan dia perasan hutang kad kredit bertambah, jadi dia beranggapan pendapatan bisnes dia tak cukup. Kena cari dan buat bisnes lagi.

Bila buat bisnes mesti ada pasang surut. Ada bulan income banyak, ada bulan income sikit. Sebab tu orang buat bisnes kena ada dana kecemasan 1 tahun supaya boleh tampung kos operasi sebab income tak menentu. Berbeza dengan orang makan gaji hanya perlu ada at least 6 bulan gaji. Orang makan gaji, orang yang bagi gaji kat dia, orang buat bisnes dia kena bagi gaji kat diri sendiri dan pekerja. Jadi belanja, komitmen tak sama. Kalau yang start buat bisnes pakai modal daripada pinjaman, lagi banyak kena ambilkira.

Fokus kat sini nak share apa yang klien ni dah dapat lalui selepas 8 bulan lebih engagement.

4 bulan pertama, fokus kepada debt management sahaja – eliminate hutang jahat, pilih hutang mana nak settle dulu dan nak korek sumber mana nak bayar.

Bulan ke-5, fokus pada cashflow management – assist macam mana nak buat budget, buat sinking fund dan start tukar cara urus duit, guna kaedah simpan dulu baru belanja.

Bulan 6, 7 dan 8, bisnes tak berapa memberansangkan, sales ciput. Hanya bergantung pada rental income daripada pelaburan hartanah. Start buat bisnes lain dan pakai modal 5 angka, tarik daripada duit cash reserve.

Awal bulan ke-9 jumpa untuk update progress dan discuss action plan yang still pending. Apa yang klien dah capai?

Walaupun income berkurangan daripada sebelumnya tapi takde langsung penggunaan kad kredit. (Klien baru sedar sebelum ni guna kad kredit bukan sebab income tak cukup).

Topup 35% cash reserve yang klien ambil untuk buat modal bisnes baru. (Cash reserve dah capai 6 angka semula – klien dah faham pentingnya dana kecemasan).

Buat pelaburan maksimum 3ribu untuk Private Retirement Scheme for tax relief.

Holiday funding target 10K within 6 months – balance lagi 3K, buat regular saving plan RM500 sebulan.

Beberapa sinking fund termasuk zakat, insurans dan roadtax kereta, cukai pintu dan taksiran serta entertainment/hadiah semua masih ongoing dan on track. (Klien sedar ada sinking fund penting untuk komitmen yang bayar tahunan atau 6 bulan sekali supaya tak effect monthly cashflow)

Target untuk 4 bulan terakhir sehingga hujung tahun:

Simpan dalam SSPN dan EPF (self contribution) untuk tax relief.

Bayar outstanding balance tax last year.

Start save untuk retirement dan education fund dalam kelas aset yang berbeza.

Rahsia dia satu je, guna kaedah simple ni, yang semua orang dah tahu tapi susah nak buat. SIMPAN DULU BARU BELANJA.

Tapi bila nak guna kaedah ni, kena faham dulu komponen asas dalam pengurusan kewangan peribadi iaitu ALIRAN TUNAI (cashflow).

Ramai yang tak ke mana sebab tak faham aliran tunai masing-masing. Guna macam-macam kaedah pun tak jumpa jalan penyelesaian. Dalam apa-apa bidang pun, basic fundamental tu yang paling penting.

Peranan utama financial planner adalah buat aliran tunai klien. Dari situ baru nampak ke mana duit pergi setiap bulan. Dah kenalpasti punca masalah, baru boleh mula dengan tindakan susulan.

Ramai orang takde masa dan tak tahu nak buat aliran tunai sendiri. Kami di Wealth Vantage ada comprehensive tool untuk determine cashflow surplus atau deficit dengan pantas. Klien cuma kena bersedia beri komitmen sepenuhnya dan ada keazaman untuk mencapai kebebasan dalam kewangan yang mereka inginkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *