Dua hari lepas, masa sesi discovery dengan prospek Akmal Syahirah Abdullah, dia tanya satu soalan cepumas.
“Kalau saya bayar fee sekian-sekian, boleh balik modal tak dengan return dari pelaburan yang kita buat nanti?”
Sebenarnya, ini bukan kali pertama saya dengar soalan ni. Ramai prospek yang tanya perkara sama.
Dan saya faham kenapa mereka tanya.
Sebab kita sebagai manusia, bila keluarkan duit, mestilah nak tahu apa pulangan yang kita akan dapat. Betul, kan?
Saya tengok muka Akmal masa tu — nampak dia macam tengah tunggu, nak tengok macam mana saya, sebagai coach, nak jawab soalan ni.
Saya senyum dan cakap:
“Ok Puan. Tu soalan yang sangat bagus. Biar saya explain pasal konsep harga dan nilai.”
Harga adalah apa yang kita bayar.
Nilai adalah apa yang kita dapat.
Dan nilai ni berbeza untuk setiap orang, walaupun mereka bayar harga yang sama.
Contohnya:
– Seorang klien saya, mula-mula datang dengan cashflow negatif RM3,000 sebulan. Tapi lepas 5 tahun, dia berjaya simpan RM500,000.
Puan rasa, dia dapat balik modal tak?
– Seorang lagi hampir terjebak dengan scam yang melibatkan pelaburan RM600k–RM1.5 juta. Saya nasihatkan supaya jangan. Kawan-kawan dia labur… semua lebur.
Puan rasa, dia dapat nilai tak dari engage saya?
– Ada seorang klien dapat job offer dengan gaji RM85,000 sebulan. Saya bantu dia nego cukai, jimat RM20,000 setahun.
Saya juga bantu dia dapatkan tambahan 12% EPF employer, bersamaan RM120,000 setahun.
Balik modal tak tu?
– Klien HNW (high-net-worth), selalu didekati orang untuk pelbagai proposal. Dia just “taichi” semua tu ke saya. Saya review dan tapis untuk dia.
Itu pun nilai, betul tak? Peace of mind.
– Seorang klien lain kena stroke. Claim TPD ditolak. Saya bantu step-by-step — mula dari apply pencen ilat PERKESO, compile semua dokumen, submit semula. Akhirnya, claim lebih RM500k diluluskan.
Bayangkan kalau dia tak engage saya?
—
Jadi Puan, soalan “boleh balik modal tak kalau engage perancang kewangan?”
Jawapannya: boleh — dan lebih lagi — bergantung pada nilai yang Puan cari dan masalah yang kita dapat bantu selesaikan. Tapi untuk nak tahu nilai dia, Puan kena engage dulu dan kita kena dapatkan maklumat kewangan Puan sebelum kita dapat kenalpasti nilai yang kita boleh berikan
Ada apa-apa lagi yang Puan nak tanya?
Takde dah. Saya faham. Nanti kalau saya dah buat keputusan saya akan bagitau Akmal Syahirah Abdullah.
