rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

“Tak ramai kawan-kawan atau adik-beradik kita yang akan support kita.”

Aku selalu dengar orang cakap benda ni…

Setiap kali ada new financial planner masuk dalam WVA, mesti akan keluar juga statement ni.

“Tak ramai kawan-kawan atau adik-beradik kita yang akan support kita.”

Alhamdulillah, mungkin aku ni outlier kot.

Masa aku mula-mula menceburi bidang kewangan ni, 10 orang pertama yang support aku semuanya orang yang aku kenal.

Sampai sekarang, daripada klien yang masih aktif dengan aku:

– 19 orang adalah klien advisory yang memang aku kenal personally. Ada yang support aku sejak day one. Ada juga yang mungkin tunggu dan tengok dulu, nak pastikan aku betul-betul serius dalam bidang ni sebelum mereka mula bagi kepercayaan.

– Lebih kurang 30 orang lagi datang daripada referral orang yang aku kenal.

Maknanya, sekitar 70–75% daripada active clients aku datang daripada orang yang aku kenal, sama ada secara direct atau indirect.

Sebab tu aku agak skeptikal bila dengar orang cakap kawan-kawan atau saudara-mara tak nak support bisnes kita.

Aku bukan kata semua kawan atau saudara-mara wajib jadi pelanggan kita. Tak semestinya mereka perlukan servis atau produk yang kita tawarkan pun.

Tapi sebelum kita buat kesimpulan yang mereka tak nak support kita, mungkin ada satu soalan yang kita kena tanya diri sendiri.

Apa sebenarnya yang mereka kenal tentang kita sehingga mereka bukan antara orang pertama yang nak support kita?

Adakah mereka nampak kesungguhan kita?

Adakah mereka percaya kita tahu apa yang kita buat?

Adakah mereka nampak kita betul-betul komited dengan bidang yang kita ceburi, atau sekadar mencuba nasib?

Atau mungkin selama ni, kita sendiri tak pernah tunjukkan kepada mereka nilai yang kita boleh bawa?

Kadang-kadang, kita terlalu sibuk mengharapkan orang percaya kepada kita, sampai kita terlupa bahawa kepercayaan tu kena dibina.

Orang yang kenal kita belum tentu percaya kepada kemampuan kita.

Tapi orang yang percaya kepada kita, selalunya ada sebab kenapa mereka sanggup beri peluang.

Jadi, sebelum salahkan kawan-kawan dan saudara-mara sebab tak support, cuba tengok balik diri sendiri.

Mungkin masalahnya bukan mereka tak nak support kita. Mungkin kita belum cukup meyakinkan mereka untuk berbuat demikian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *