rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Apa yang menyebabkan kita nampak kaya, tapi sebenarnya bagi poket kita makin koyak?

Banyak jer.

Kereta yang kita tak mampu nak beli.

Rumah yang kita tak mampu nak beli.

Handbag yang kita tak mampu nak beli.

Handphone yang kita tak mampu nak beli.

Percutian yang kita tak mampu nak pergi.

Persamaan semua benda ni apa?

Kita beli benda yang sebenarnya kita tak mampu.

Sebab kalau betul-betul mampu, tak ada masalah pun nak beli semua benda tu.

Cuma, ada beza antara mampu beli dengan mampu memiliki.

Bank luluskan loan tak bermaksud kita mampu beli kereta tu.

Bank bagi pinjaman rumah tak bermaksud kita mampu tanggung rumah tu.

Kad kredit ada limit RM30,000 tak bermaksud kita ada RM30,000 untuk dibelanjakan.

Gaji RM20,000 sebulan pun tak semestinya kita kaya kalau setiap bulan RM19,999 dah habis.

Masalahnya, kita selalu ukur kemampuan berdasarkan sama ada kita boleh dapatkan sesuatu barang tu atau tak.

Sedangkan kemampuan sebenar patut diukur berdasarkan apa yang masih tinggal selepas kita membelinya.

Boleh beli, tapi lepas tu tak boleh menyimpan.

Boleh pakai, tapi setiap bulan stres nak bayar ansuran.

Boleh pergi bercuti, tapi balik bercuti kena ikat perut.

Itu bukan bermaksud kita tak boleh enjoy hidup.

Aku pun percaya kita bekerja bukan semata-mata untuk kumpul duit sampai mati.

Cuma jangan sampai kita habiskan duit untuk nampak kaya, sampai tak ada duit untuk hidup dengan tenang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *