rafiqhidayat.com

Search
Close this search box.

Bila Semua Asset Jatuh Serentak, Apa Yang Patut Kita Buat?

Gold jatuh.

Silver jatuh.

Stock market jatuh.

Bitcoin pun jatuh.

Bila semua asset class jatuh serentak, apa yang patut kita buat?

Jawapan standard aku:

1. Kalau aggressive, dan ada extra cash

Boleh continue dollar cost averaging (DCA).

Market tengah turun, jadi kita boleh accumulate lebih banyak unit dengan jumlah duit yang sama. Tapi pastikan duit tu memang duit lebihan, bukan duit emergency fund atau duit yang kita perlukan dalam masa terdekat.

2. Kalau balanced

Boleh consider untuk take profit daripada asset yang masih untung, atau reduce exposure kepada asset class yang tengah jatuh.

Tapi kena tengok portfolio secara keseluruhan. Jangan semata-mata jual sebab takut, atau jual asset yang tengah jatuh tanpa faham kesannya kepada portfolio kita.

3. Kalau conservative

Kalau tak selesa dengan volatility dan tak sanggup tengok nilai pelaburan turun lagi, boleh consider redeem pelaburan dan pindahkan duit ke instrumen yang lebih stabil, seperti ASB, Tabung Haji, EPF atau fixed deposit, bergantung pada kelayakan, keperluan liquidity dan objektif masing-masing.

Tunggu keadaan lebih reda sebelum decide langkah seterusnya pun satu pilihan.

Cuma kena ingat, keluar daripada market pun ada risiko. Kita mungkin terlepas rebound, dan tak ada siapa tahu bila market dah betul-betul sampai bottom.

Tapi ada satu lagi pilihan.

Kalau kita jelas dengan keadaan kewangan sendiri, faham objektif pelaburan dan tahu kenapa kita invest dari awal, kita boleh juga pilih untuk hold semua current positions dan teruskan strategi sedia ada.

Kita kena faham yang volatility macam ni sebahagian daripada risiko pelaburan. Tempoh pemulihan boleh berbeza-beza, dan ada asset yang mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk recover, atau tak recover langsung.

Jangan assume semua benda akan pulih dalam masa 24 bulan.

Jadi, tak semestinya semua orang kena buat benda yang sama.

Untuk klien aku, keputusan yang mereka ambil berbeza antara satu sama lain sebab keadaan kewangan, komitmen, matlamat dan risk tolerance mereka pun berbeza.

Ada yang redeem semua.

Ada yang reduce exposure.

Ada yang top up investment.

Ada yang tak buat apa-apa.

Semua keputusan ni boleh jadi munasabah, bergantung pada situasi masing-masing.

Kerja aku bukan nak suruh semua orang beli, jual atau hold.

Kerja aku ialah update klien tentang keadaan semasa, terangkan pilihan yang ada, bincangkan pros and cons setiap tindakan, dan bantu mereka faham kemungkinan outcome serta risiko yang terlibat.

Keputusan akhir tetap pada klien.

Sebab tu aku selalu cakap, duit korang, hidup korang.

Apa-apa keputusan yang korang nak buat, fikir betul-betul sebelum pull the trigger.

Jangan beli sebab orang lain beli.

Jangan jual sebab orang lain panik.

Jangan hold semata-mata sebab malu nak mengaku rugi.

Yang penting, korang faham kenapa korang buat keputusan tu, apa yang korang harapkan, dan apa yang korang sanggup hadapi kalau benda tak jadi macam yang dirancang.

Kalau semua tu dah jelas, kerja aku dah settle.

Bukan sebab aku tahu apa yang akan jadi pada market.

Tapi sebab klien aku tahu apa yang mereka sedang buat dengan duit mereka sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *