Aku terbaca satu post yang kata bila dah dapat income USD30k sebulan, kita boleh makan apa saja, duduk hotel mahal, ada maid, naik business class, drive kereta mewah, pakai baju designer dan keluar dari rumah parents.
Aku terfikir, kalau kita guna konteks Malaysia, macam mana pula?
Jom kita kira sikit.
Katakan gaji RM30,000 sebulan.
EPF pekerja: RM3,300
Cukai pendapatan: RM5,600
SOCSO: RM42
Baki selepas potongan ni lebih kurang RM21,058.
Sekarang kita cuba hidup macam yang digambarkan dalam post tu.
๐ Rumah RM1 juta
Ansuran bulanan kita anggarkan RM4,500.
๐ Kereta Mercedes atau BMW
Katakan harga kereta RM200kโRM300k. Ansuran mungkin sekitar RM3,300 sebulan.
Campur maintenance, insurans dan road tax, kita anggarkan lagi RM1,200 sebulan.
Jumlah kos rumah dan kereta sahaja dah RM9,000.
Baki? Lebih kurang RM12,000.
Okay, sekarang kita nak buat semua benda yang dia senaraikan.
๐ฝ๏ธ Makan apa saja yang kita nak. Wagyu, lobster, caviar?
๐จ Menginap di hotel 4 atau 5 bintang?
๐งน Ada maid, dengan kos sekurang-kurangnya RM1,700 sebulan sebagai anggaran gaji?
โ๏ธ Naik business class. Pergi mana dan berapa kali setahun?
๐ Pakai baju mahal. Gucci? Balenciaga? Beli berapa kerap?
Semua ni belum masuk petrol, tol, makan harian, bil elektrik dan air, internet, telefon, takaful, percutian, simpanan dan pelaburan.
Dan aku belum masukkan kos untuk pasangan atau anak-anak. Kita andaikan orang ni bujang, tak ada tanggungan dan baru nak keluar dari rumah parents.
Jadi, gaji RM30k cukup tak untuk hidup mewah?
Pada aku, cukup untuk hidup selesa. Nak menikmati sebahagian besar benda dalam senarai tu pun boleh.
Tapi ada beza antara mampu membeli dengan mampu mengekalkan gaya hidup tersebut.
Kalau nak naik business class sekali-sekala, mungkin tak ada masalah.
Kalau nak naik business class setiap kali bercuti, lain ceritanya.
Kalau nak beli baju designer sekali-sekala, mungkin tak ada masalah.
Kalau setiap bulan nak tambah koleksi, itu cerita lain.
Dan kalau setiap kali gaji naik, perbelanjaan pun naik sama laju, sampai bila-bila pun kita akan rasa duit tak cukup.
Sebab tu dalam perancangan kewangan, aku tak tengok pendapatan semata-mata.
Aku nak tengok berapa banyak yang tinggal selepas perbelanjaan, berapa banyak yang boleh disimpan dan dilaburkan, serta sejauh mana seseorang tu mampu mengekalkan kehidupannya kalau pendapatan terhenti.
Bagi aku, kaya bukan sekadar berapa banyak benda yang kita mampu beli.
Kaya juga bermaksud kita ada pilihan.
Nak terus bekerja, boleh.
Nak tukar kerjaya, boleh.
Nak berehat seketika tanpa risau duit tak cukup, boleh.
Nak bersara tanpa bergantung pada gaji bulanan, itu pun boleh.
Pendapatan tinggi ialah satu kelebihan. Tapi pendapatan tinggi tak semestinya menjadikan kita bebas kewangan.
Satu soalan untuk korang.
Kalau gaji RM30k sebulan, korang lebih suka gunakan duit tu untuk menikmati gaya hidup mewah sekarang, atau bina kekayaan supaya satu hari nanti korang tak perlu bekerja lagi kalau tak nak?
Aku nak tahu perspektif korang. ๐
